CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2426|Reply: 5

[Perlis] Nafi terbabit kegiatan seludup keluar Nur Sajat

[Copy link]
Post time 22-9-2021 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Nafi terbabit kegiatan seludup keluar Nur Sajat[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
[email protected]


WAN Azhar (kanan) bersama Zuhair di IPD Kangar. FOTO Aizat Sharif



Kangar: Seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bagi menafikan dakwaan dia terbabit dengan kegiatan menyeludup keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat menggunakan laluan kereta api di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Wan Azhar Harun, 51, yang bekerja sebagai penternak lembu itu tampil ditemani peguam, Zuhair Ahmad Zakuan kira-kira 1 tengah hari sebelum keluar 39 minit kemudian.

Zuhair yang ditemui pemberita berkata, tujuan anak guamnya tampil di IPD Kangar adalah untuk melakukan penafian.

"Anak guam saya datang ke sini untuk membuat penafian terhadap dakwaan aktiviti penyeludupan individu yang bernama Nur Sajat yang ditularkan dan dilaporkan dalam media pada waktu ini.

"Anak guam saya tidak terbabit sama sekali dalam hal ini dan tiada arahan tangkapan di keluarkan polis untuk menangkap anak guam saya," katanya ketika ditemui di luar IPD Kangar di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya bagaimanapun tidak membuat laporan polis ketika hadir melakukan penafian berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superitendan Mohd Anuar Jusoh mengesahkan penafian yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.



Disiarkan pada: September 22, 2021 @ 3:18pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 06:49 PM | Show all posts
sajjadah ni hanya clown untuk menghibur dan melekakan kamu semasa pundekmik
wan besi dijadikan kambing hitam.... maknanya...
klu paderi pun boleh hilang tanpa jejak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 22-9-2021 06:49 PM
sajjadah ni hanya clown untuk menghibur dan melekakan kamu semasa pundekmik
wan besi dijadikan kam ...

Kesian kat paderi tu, ntah kat mana kuburnya..dekat2 mass grave orang rohingya jumpa kat border dulu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 22-9-2021 07:29 PM
Kesian kat paderi tu, ntah kat mana kuburnya..dekat2 mass grave orang rohingya jumpa kat border du ...

Paderi yg kena culik tu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw sape wan azhar ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ke Wan Besi tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041309 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list