CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1788|Reply: 1

[Pulau Pinang] COVID-19: Lega anak remaja sudah divaksin

[Copy link]
Post time 22-9-2021 05:22 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Lega anak remaja sudah divaksin[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - September 22, 2021 @ 1:07pm[email protected]


Fatimawati Yacob, 47, bersama anak, Muhammad Nur Naqiuddin Khairul Fauzi, 16, (kiri) dan Muhammad Nur Muizzudin, 17, menunjukkan kad vaksinasi COVID-19 selepas menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD



KEPALA BATAS: "Hampir setiap hari saya periksa aplikasi MySejahtera untuk tahu status vaksinasi dua anak," kata Fatmawati Yacob, 47.

Guru berkenaan berkata, dua anaknya, Muhammad Nur Naqiuddin Khairul Fauzi, 16, dan Muhammad Nur Mu'izzuddin Khairul Fauzi, 17, bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas dan tinggal di asrama sekolah berkenaan.

"Sebab itu saya memang nak sangat mereka terima vaksin COVID-19. Syukur kedua-duanya tidak membantah bahkan tidak sabar kerana mahu kembali ke asrama dan bersekolah seperti biasa," katanya ketika ditemui, hari ini.

Perasaan Fatmawati turut dikongsi rata-rata ibu bapa yang ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium, di sini yang lega kerana anak-anak di sekolah berasrama penuh (SBP) dapat membuat persiapan awal untuk kembali ke asrama dan belajar seperti biasa dalam keadaan lebih selamat.

Difahamkan, lebih 70 pelajar asrama berusia 16 dan 17 tahun menerima suntikan vaksin COVID-19 di PPV berkenaan selepas mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memaklumkan, PICK remaja dimulakan hari ini membabitkan pelajar sekolah berusia 16 dan 17 tahun yang tinggal di asrama.

Bagi pelajar tanpa komorbid dan tidak tinggal di asrama, suntikan akan diberikan esok di enam PPV tersenarai, manakala pelajar dengan komorbid akan menerima suntikan di hospital terdekat.

Dalam pada itu, Muhammad Nur Naqiuddin berkata, dia tidak takut mengambil suntikan vaksin kerana melalui pembacaannya, pelalian berkenaan memberi lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.

"Tidak dinafikan terlalu banyak sangat maklumat negatif berkaitan vaksin, namun melalui pembacaan saya serta perkongsian ilmiah dari doktor bertauliah di laman sosial, vaksin ini sebenarnya memberi lebih banyak kebaikan. Jadi kenapa saya perlu takut.

"Saya mahu membantu membawa negara keluar daripada pandemik ini secepat mungkin kerana mahu kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Bagi Adawiyah Mustaffa, 41, dia teruja membawa anak perempuannya, Aina Wafa Abdul Karim, 16, mendapatkan suntikan vaksin COBID-19.

"Sebagai penjawat awam sudah tentu saya dalam haluan sama dengan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan hasrat kerajaan membebaskan negara daripada COVID-19. Anak pula memang hendak divaksin kerana mahu pulang ke asrama dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

"Jadi, sebagai ibu sudah tentu saya ingin pastikan anak saya selamat serta terhindar daripada wabak dengan mengambil vaksin," katanya.

Aina Wafa pula berkata, dia sudah banyak ketinggalan dari segi pelajaran kerana sudah lama tidak ke sekolah dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Oleh itu, saya nak cepat masuk sekolah dan ambil vaksin demi mencipta persekitaran yang selamat sekali gus bebas daripada virus," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulilah..semoga adik2 ni baik2 sajork
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.259567 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list