CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1385|Reply: 1

Man City, Liverpool mara pusingan keempat

[Copy link]
Post time 22-9-2021 08:24 AM | Show all posts |Read mode
London: Manchester City memulakan misi untuk menjulang Piala Liga kali kelima berturut-turut dengan membelasah Wycombe 6-1 manakala penyerang Jepun Takumi Minamino menjadi nadi kemenangan 3-0 Liverpool di Norwich awal pagi tadi.

Dua kelab Liga Perdana, Everton dan Watford tersingkir di pusingan ketiga selepas masing-masing tewas kepada QPR dan Stoke.

City akan memintas rekod Liverpool dengan sembilan gelaran Piala Liga jika mereka menjuarainya musim ini.

Juara bertahan itu memulakan misi dengan Pep Guardiola menurunkan jentera serangan terkuat yang menampilkan Kevin De Bruyne, Phil Foden, Raheem Sterling, Ferran Torres and Riyad Mahrez di Stadium Etihad.

City yang turut membariskan enam pemain akademi dikejutkan pada minit ke-22 selepas Brandon Hanlan menjaringkan gol pertamanya untuk kelab liga tiga, Wycombe.


AKSI Minamino meledak jaringan Liverpool.  

Tetapi skuad Guardiola menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian apabila De Bruyne yang mendapat hantaran Foden meledak gol pertamanya sejak Mei lalu.

Mahrez meletakkan City di depan dua minit sebelum rehat dan Foden menjaringkan gol ketiga hasil rembatan dari jarak 22 meter.

Gol keempat tuan rumah menerusi Torres pada minit ke-71 sebelum Mahrez dan Cole Palmer melengkapkan kemenangan besar City.

"Saya sangat berterima kasih kepada akademi, mereka melakukan tugas dengan sangat baik," kata Guardiola. "Kami bukan ada seorang atau dua tetapi ramai berpotensi. Mereka memang istimewa.''

Liverpool mengulangi kemenangan 3-0 di Carrow Road dalam aksi Liga Perdana awal musim ini dan pemain simpanan mereka membalas kepercayaan pengendali, Jurgen Klopp.

Klopp melakukan sembilan pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Crystal Palace Sabtu lalu dengan Kaide Gordon, 16, dan Conor Bradley tampil kali pertama.

Minamino yang beraksi kali pertama musim ini selepas mengalami kecederaan paha meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-4 menerusi rembatan dan Divock Origi menanduk masuk gol kedua pada minit ke-50 yang juga jaringan pertamanya dalam masa 12 bulan.

Minamino meledak gol keduanya ketika permainan berbaki 10 minit dari jarak dekat.

Everton pula disingkirkan QPR menerusi penentuan penalti 8-7 selepas terikat 2-2 manakala

Watford tewas 1-3 kepada Stoke di Vicarage Road.

Berikut keputusan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris:

Brentford 7 Oldham 0

Burnley 4 Rochdale 1

Fulham 0 Leeds 0 (Leeds menang penalti 6-5)

Man City 6 Wycombe 1

Norwich 0 Liverpool 3

Preston 4 Cheltenham 1

QPR 2 Everton 2 (QPR menang penalti 8-7)

Sheffield Utd 2 Southampton 2 (Southampton menang penalti 4-2)

Watford 1 Stoke 3

Wigan 0 Sunderland 2

- HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2021 08:24 AM | Show all posts

DE Bruyne (tengah) meraikan jaringan pertama City.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.208368 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list