CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1083|Reply: 1

Messi sah alami kecederaan lutut

[Copy link]
Post time 22-9-2021 07:09 AM | Show all posts |Read mode
Paris: Lionel Messi bakal terlepas aksi bersama Paris Saint Germain (PSG) di gelanggang lawan menentang Metz Khamis ini selepas mengalami kecederaan lutut.

Jurulatih Mauricio Pochettino berkata ia adalah sebab utama beliau terpaksa membuat keputusan mengejut mengeluarkan pemenang enam kali Ballon d'Or itu ketika menentang Lyon hujung minggu lalu.

Bintang Argentina itu melakukan pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) hari ini selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut kiri ketika kelab berkenaan mencatat kemenangan 2-1.

Keputusan pemeriksaan itu menunjukkan petanda bahawa tulangnya membengkak.

Messi digantikan dengan pemain pertahanan, Achraf Hakimi, pada minit ke-76 pada aksi penampilan sulungnya di laman sendiri sejak berpindah dari Barcelona ke PSG.

Pemain berusia 34 tahun itu kelihatan enggan bersalam dengan Pochettino ketika dia berjalan keluar ke bangku simpanan namun bekas pengendali Tottenham mempertahankan keputusan mengeluarkan Messi tanpa menjelaskan mengenai kecederaan berkenaan.

Hari ini beliau mengesahkan tahap kecergasan Messi menjadi sebab utama beliau membuat pertukaran itu tatkala kedudukan masih lagi terikat.

"Ketika berada di tepi padang kita sentiasa memantau pemain, melihat apa yang berlaku dalam perlawanan dan kami melihat Leo memeriksa lututnya.

"Kami gembira dengan cara dia bermain. Dia bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan apa yang kurang hanya dia tidak menjaringkan gol," kata Pochettino. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2021 07:12 AM | Show all posts

MESSI bakal terlepas aksi menentang Metz Khamis ini berikutan mengalami kecederaan. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.092315 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list