CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1369|Reply: 1

Damok raih tempat ke-13, kutip tiga mata

[Copy link]
Post time 12-9-2021 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pelumba berbakat negara Syarifuddin Azman berjaya memberikan tiga mata berharga buat pasukan Petronas Sprinta Racing apabila menamatkan perlumbaan Kejuaraan Dunia kelas Moto3 di Grand Prix (GP) Aragon di tempat ke-13, sebentar tadi.

Dia yang mengambil alih tempat John McPhee ketinggalan 9.645 saat kepada juara Dennis Foggia yang merekodkan 37 minit 53.710s.

Manakala tempat kedua dan ketika masing-masing milik pelumba Red Bull KTM Tech 3, Deniz Oncu (0.027) dan Ayumu Sasaki (0.346). Pastinya ia pengalaman berharga buat Syarifuddin atau dikenali dengan Damok itu pada penampilan pertamanya di pentas MotoGp.

Ia menambah rekod kejayaannya yang sebelum ini muncul juara FIM CEV Junior di Barcelona Jun lalu.

Sementara itu rakan pasukan Darryn Binder menamatkan saingan di kedudukan ketujuh meraih sembilan mata dengan Petronas SRT kini berkedudukan tempat kelapan dengan 131 mata.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerana memberi saya peluang terbaik seperti ini," katanya. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2021 08:57 PM | Show all posts

SYARIFUDDIN sebelum ini muncul juara FIM CEV Junior di Barcelona Jun lalu. FOTO Ihsan Petronas Sprinta Racing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.973338 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list