CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak harus tuntut diberi kuasa putuskan tarikh sekolah dibuka semula

[Copy link]
Post time 5-9-2021 11:28 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak harus tuntut diberi kuasa putuskan tarikh sekolah dibuka semula - See

KUCHING: Sarawak harus dibenarkan melakukan penilaian risiko sendiri dan menentukan tarikh pelajar di negeri ini kembali ke sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How (gambar) yang menegaskan perkara itu berkata dalam hal ini kerajaan negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) perlu mengemukakan hasil penilaian risiko kepada kerajaan persekutuan khasnya Kementerian Pendidikan agar ia dapat direalisasikan.

Beliau menambah, perkara itu perlu dilakukan memandangkan Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin di Facebook pada Jumaat (3 September 2021) mengumumkan kerajaan persekutuan akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka di sekolah di seluruh negara pada 3 Oktober (2021) bermula dengan kelas-kelas peperiksaan.

Berdasarkan pengumuman menteri berkenaan, See berkata sekolah-sekolah di negeri-negeri di bawah Fasa 1, Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak dibenarkan dibuka semula manakala di negeri-negeri Fasa 2, sekolah hanya dibuka untuk kelas-kelas peperiksaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan situasi berbeza di Sarawak, lapan daerah di zon selatan, iaitu Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu masih dalam Fasa 2 PPN manakala daerah lain diisytiharkan dalam Fasa 3 PPN.

“Keselamatan dan kesihatan semua pelajar di Sarawak berisiko tinggi kerana kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi melibatkan varian Delta di seluruh negeri terutamanya di bandar-bandar besar di Sarawak.

”Kerajaan Negeri dan JPBNS mesti tegas dan menuntut bahawa Sarawak ada kuasa melakukan penilaian risiko sendiri dan menentukan tarikh membuka semula sekolah di negeri ini.

“Statistik jangkitan COVID-19 dan kematian melibatkan kanak-kanak di bawah 18 tahun di seluruh negara amat membimbangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut beliau berkata berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangkitan dan kematian akibat COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di bawah 18 tahun, dua daripadanya direkodkan di Sarawak.

“Kematian melibatkan kanak-kanak berumur 17 dan 8 tahun di Sarawak bukan yang pertama di Malaysia kerana setakat ini negara telah merekodkan enam kematian melibatkan golongan ini dan 41 kes dalam lapan bulan pertama tahun ini.

"Walaupun kita mempunyai 12,620 anak di bawah 18 tahun dijangkiti koronavirus yang membawa maut pada tahun lalu, jumlahnya meningkat 30 kali ganda menjadi 310,074 dalam 8 bulan pertama tahun ini, lonjakan kemungkinan besar disebabkan oleh koronavirus yang lebih menular termasuk varian Delta kini tersebar dalam masyarakat,” katanya.

See juga berkata KKM dan JPBNS mesti mendedahkan kadar jangkitan dan kes positif harian melibatkan kanak-kanak di bawah 18 tahun supaya kerajaan negeri merangka rancangan juga strategi mengurangkan ancaman serta risiko dihadapi kanak-kanak dan remaja di negeri ini.

Amat mustahak bagi kerajaan negeri segera memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun sesuai dengan cadangan Garis Panduan Klinikal mengenai Vaksinasi COVID-19 untuk Remaja (12-17 tahun) di Malaysia, disediakan KKM, tambahnya.

“Kecuali dan sehingga kumpulan ini diberi vaksin sepenuhnya dan pakar kesihatan kita yakin selamat bagi mereka kembali ke sekolah atau ada SOP (prosedur operasi standard) sempurna memastikan mereka tidak berisiko, adalah tugas dan tanggungjawab kita bersama menjaga kesihatan dan keselamatan mereka.

"Dengan mempertimbangkan risiko varian Delta yang meluas dalam masyarakat kita, sekolah-sekolah di Sarawak tidak boleh dibuka kembali secara sembarangan dan terburu-buru,"ujarnya.



utusanborneo.com.my/2021/09/05








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.060583 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list