CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 793|Reply: 1

[Sarawak] KGBS setuju guru enggan terima vaksin dihalang ke sekolah

[Copy link]
Post time 4-9-2021 02:09 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Tindakan melarang guru yang enggan menerima vaksin mengajar secara bersemuka merupakan langkah terbaik untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin selain meminimakan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Zulkiflee Sebli (gambar) berkata, pihaknya menyambut baik langkah terbaharu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) itu atas apa jua alasan.

“Kita tidak mahu ibu bapa dan penjaga berasa susah hati dan tidak selamat untuk menghantar anak-anak ke sekolah menjelang pembukaan sekolah awal Oktober nanti.

“Justeru, kita berpandangan larangan mengajar secara bersemuka kepada guru-guru yang enggan divaksin adalah langkah terbaik demi keselamatan pelajar,” ujarnya kepada Utusan Borneo hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan KPM untuk tidak membenarkan guru yang tidak menerima vaksin mengajar secara bersemuka apabila sekolah dibuka pada 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin semalam berkata apabila sekolah dibuka kelak, guru yang tidak divaksinkan ini tidak boleh mengajar secara bersemuka dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar.

"Namun demikian, KPM akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru yang tidak divaksin ini.Kita juga sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam berkenaan tindakan yang boleh diambil terhadap guru yang masih belum divaksin," katanya.

Zulkiflee berkata, guru harus mempunyai tanggungjawab menjadikan sekolah sebagai kawasan selamat.

“Biarpun kanak-kanak belum diberikan imunisasi tetapi dengan lengkapnya vaksin untuk guru pasti ibu bapa tidak akan teragak-agak menghantar anak mereka untuk sesi bersemuka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan para guru yang belum menerima vaksin untuk berbuat demikian dengan memohon
kepada Jabatan Kesihatan.

“Demi pelajar yang telah lama tidak ke sekolah, saya harap guru-guru ini akan segera  ke pusat pemberian vaksin berdekatan bagi mendapatkan suntikan COVID-19.

“Kita tidak mahu sesi persekolahan secara bersemuka terjejas disebabkan mereka tidak dibenarkan bertugas kerana enggan menerima vaksin ini,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengingatkan para guru untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan apabila sekolah dibuka kelak bagi mengelakkan penyebaran wabak ini.


utusanborneo.com.my/2021/09/04

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku hanya nak bersemoga...semua yg dirancang berjalan lancar/spt yg dimahukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.062586 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list