View: 698|Reply: 0
|
[Sabah]
Sky Bridge dibuka kepada umum pada 9 September
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Projek Sky Bridge bernilai RM31.5 juta kini siap sepenuhnya dan akan dibuka kepada orang awam pada 9 September 2021.
Projek yang terbengkalai sejak 2018 berjaya diselesaikan menerusi Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada awal tahun ini sudah melawat projek berkenaan dan mengumumkan peruntukan RM4.7 juta daripada kerajaan negeri untuk menyiapkan kemudahan itu.
Beliau juga mengarahkan agar projek itu disiapkan secepat mungkin demi keselesaan dan keselamatan orang awam.
"Kemudahan ini akan memberikan manfaat kepada para pengguna khususnya dari segi keselamatan dan keselesaan," katanya selepas merasmikan pembukaan Projek Sky Bridge di sini, hari ini.
Projek Sky Bridge adalah sebuah jejantas berhawa dingin yang menghubungkan Oceanus, Api-Api Centre dan Asia City. Ini juga bukti keprihatinan kerajaan GRS.
Hadir sama dalam majlis perasmian itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir, ADUN Dilantik Datuk Yong Teck Lee dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip
oleh
Yap Siong Han
Kredit: Utusan Borneo Online
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|