CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 1

[Sarawak] UndiSarawak sifatkan keputusan mahkamah Undi18 hormati hak belia

[Copy link]
Post time 3-9-2021 11:11 PM | Show all posts |Read mode

KUCHING: UndiSarawak bersyukur susulan keputusan mahkamah yang disifatkan menghormati hak golongan belia dengan membenarkan semakan kehakiman berhubung pelaksanaan Undi18 menjelang Disember 2021.

UndiSarawak, satu gerakan kempen belia berkata, keputusan yang bersejarah ini amat bermakna buat golongan belia Malaysia kerana mereka boleh menggunakan hak yang dijamin Perlembagaan sebagai rakyat Malaysia.

“Pelaksanaan penurunan had umur mengundi membolehkan 125,000 hingga 135,000 anak muda Sarawak berumur 18 hingga 20 tahun untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak setelah berakhirnya Ordinan Darurat di Sarawak,” ujar pergerakan itu menerusi kenyataan.

Pada awal Mei lalu, lima anak muda Sarawak yang mewakili kempen UndiSarawak telah memfailkan semakan kehakiman terhadap terhadap responden iaitu Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar Undi 18 dapat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mereka adalah Ivan Ong, 19, Sharifah Maheerah Syed Haizir, 20, Chang Swee Ern @ Grace Chang, 19, Viviyen Desi Geoge, 20 dan Tiffany Wee Ke Ying, 19.

Sehubungan itu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuhcing Alexander Siew How Wei hari ini mengeluarkan perintah mahkamah (order of mandamus) agar Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan penurunan usia pengundian dari 21 kepada 18 tahun menjelang 31 Disember tahun ini.

Alexander berkata, setelah meneliti kertas kos dan penghujahan bertulis serta mendengar kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati responden gagal bertindak segera untuk melaksanakan Undi18, sedangkan tarikh pelaksanaan menjelang Julai 2021 ditetapkan oleh responden sendiri.

Dalam pada itu, Ivan yang juga Pengasas Impak Pemuda berkata, beliau amat bersyukur dengan keputusan mahkamah pada hari ini kerana ini membolehkan golongan belia Malaysia untuk mendapatkan hak mengundi pada pilihan raya akan datang.

“Undi18 mencipta sejarah kerana ini merupakan pindaan Perlembagaan pertama yang sebenarnya mengembalikan hak mengundi kepada golongan belia telah dipersetujui oleh semua parti politik,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya juga, matlamat utama mereka bukanlah untuk menang semata-mata, sebaliknya mereka juga ingin menghantar mesej bahawa penangguhan pelaksanaan RUU Undi18 adalah tidak rasional, tidak sah, tidak seimbang dan bersamaan penindasan pengundi.

“Oleh itu, saya dan rakan-rakan pemohon yang lain amat gembira dengan keputusan ini. Pada pilihan raya akan datang, dijangka ada kira-kira lapan juta pengundi baharu yang akhirnya mampu mengubah atau menentukan keputusan pilihan raya tersebut.

“1.2 juta suara baharu akan didengari, manakala polisi dan reformasi baharu akan berlaku berlandaskan suara-suara baharu ini. Berkenaan soal reformasi undang-undang pula, ahli kabinet yang membentuk kerajaan sendiri perlu ada keyakinan untuk melakukan pembaharuan,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, Undi Sarawak juga mengambil maklum bahawa satu keputusan serupa akan berlaku pada 21 Oktober 2021 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu 18 orang belia telah memfailkan semakan kehakiman yang serupa.

“Kami berharap agar keputusan pada hari ini boleh dijadikan ‘precedent’ bagi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menjadi piawaian pencapaian belia Malaysia. Dengan ini, golongan belia Malaysia boleh melaksanakan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dalam mewujudkan Malaysia yang lebih Makmur,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/09/03

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2021 11:13 PM | Show all posts
Mahkamah Tinggi arah SPR laksana Undi 18 menjelang Disember ini



KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkan Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pelaksanaan penurunan usia pengundian dari 21 kepada 18 tahun menjelang 31 Disember tahun ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wei mengeluarkan perintah mahkamah (order of mandamus) tersebut hari ini, ketika memberikan keputusannya berhubung semakan kehakiman difailkan oleh lima anak muda Sarawak yang mewakili kempen Undi Sarawak agar Undi 18 dapat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

Semakan kehakiman berkenaan telah difailkan oleh lima individu tersebut terhadap responden iaitu Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada awal Mei lalu.

Mereka yang menfailkan tindakan tersebut adalah Ivan, 19, Sharifah Maheerah Syed Haizir, 20, Chang Swee Ern @ Grace Chang, 19, Viviyen Desi Geoge, 20 dan Tiffany Wee Ke Ying, 19.

Ia bagi menuntut dua deklarasi mahkamah, iaitu tindakan Kerajaan menangguhkan pelaksanaan penurunan umur pengundi daripada 21 ke 18 adalah tidak rasional, tidak sah, tidak berpatutan dan merupakan pencabulan hak pengundi.

Kedua, pengundi berumur 18 ke 20 tahun berhak mengundi menjelang Julai 2021.

Dalam pada itu, semasa membenarkan permohonan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew memerintahkan untuk membatalkan keputusan responden bagi menangguhkan pelaksanaan langkah tersebut dan mengambil semua langkah yang diperlukan agar ia dapat dilaksanakan secepat mungkin dan dalam keadaan apa pun menjelang 31 Disember 2021.

Bagaimanapun, mahkamah tidak memerintahkan sebarang kos dikenakan.

"Mahkamah juga memberikan perintah untuk membatalkan keputusan Kerajaan Persekutuan yang hanya dapat melaksanakan pindaan Undi18 pada September 2022,” ujar Alexander semasa memberikan keputusannya menerusi prosiding mahkamah yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, setelah meneliti kertas kos (cost papers) dan penghujahan bertulis serta mendengar kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati responden gagal bertindak segera untuk melaksanakan Undi18, sedangkan tarikh pelaksanaan menjelang Julai 2021 ditetapkan oleh responden sendiri.

Menurutnya, responden mempunyai masa dua tahun untuk menangani isu ini selain sedia maklum mengenai sebarang kemajuan yang telah dicapai, apatah lagi apabila responden berulang kali menegaskan tarikh pelaksanaannya setiap beberapa bulan sehingga Mac 2021.

SPR juga katanya, tidak menjelaskan bagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempengaruhi rancangan dan persiapannya untuk melaksanakan Seksyen 3, baik menerusi kenyataan medianya pada 25 Mac 2021 atau dalam affidavit fail dalam prosiding ini.

Seksyen 3(a) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 bertujuan menurunkan usia mengundi daripada 21 ke 18 tahun, manakala Seksyen 3(b) memansuhkan sebarang halangan undang-undang untuk melaksanakan pendaftaran pemilih automatik.

Lima individu tersebut diwakili Peguam dari Lawyers Kamek 4 Change (LK4C), Simon Siah dan Clarice Chan manakala responden diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Shamsul Bolhassan, SFC Azizian Md Arshd dan Jessica Lee dari Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pada 16 Julai 2019, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dengan mendapat lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan.

Begitu juga pada 25 Julai tahun yang sama, ia diluluskan di Dewan Negara dengan majoriti dua pertiga.

Melalui kelulusan tersebut, pilihan raya akan datang akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding umur 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi dilakukan secara automatik.

Bagaimanapun pada 10 Mac lalu, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, kelayakan mengundi pada PRU di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai itu tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Sehubungan itu, para pemohon menuntut deklarasi daripada Mahkamah bahawa penangguhan oleh Kerajaan dalam pelaksanaan RUU Undi18 adalah tidak rasional, melanggar proses dan semangat undang-undang, serta mencabul hak pengundi.

Selain itu, para pemohon juga merayu kepada Mahkamah untuk mengarahkan Kerajaan melaksanakan Seksyen 3(a) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada atau sebelum Julai 2021.

Meskipun pemohon mengalu-alukan pembaharuan komitmen Kabinet Malaysia bagi melaksanakan had umur mengundi baharu menjelang Julai 2021, namun mereka mendapati masih belum ada pelan tindakan atau garis masa yang ditetapkan.

Menurut mereka, Undi18 perlu dilaksanakan menjelang Julai 2021 agar sekurang-kurangnya 125,000 hingga 135,000 anak muda Sarawak berusia 18 hingga 20 tahun tidak kehilangan hak mereka sebagai pengundi kali pertama.



utusanborneo.com.my/2021/09/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.423450 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list