CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 989|Reply: 3

[Sarawak] Sarawak jangka berlaku peningkatan kes berikutan lebih banyak saringan dibuat

[Copy link]
Post time 3-9-2021 07:57 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 3 September: Kes positif COVID-19 di Sarawak dijangka meningkat dalam beberapa minggu akan datang berikutan lebih banyak ujian saringan dilakukan di negeri ini.

Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata kerajaan negeri menjangkakan keadaan itu kerana lebih banyak pusat saringan COVID-19 dibuka di Sarawak.

Beliau dalam hantaran menerusi akaun Facebook beliau hari ini berkata Kerajaan negeri telah membelanjakan RM2 juta untuk membeli kit ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) untuk digunakan di Pusat Sehenti COVID-19 (COSC) di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Datuk Seri Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak berkata rakyat di negeri ini juga perlu belajar dan hidup dengan virus COVID-19 sebagai endemik nanti.

Katanya, vaksin amat penting tetapi dalam menghadapi varian Delta COVID-19 dan mengurangkan jangkitan komuniti dan tidak membanjiri sistem penjagaan kesihatan, rakyat perlu teruskan amalan dan disiplin yang ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP).-BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2021 07:58 PM | Show all posts
walaupun gtu ...
sapa tak susah hati nengok angka2 tu ...


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:09 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-9-2021 11:58 AM
walaupun gtu ...
sapa tak susah hati nengok angka2 tu ...

3 hari tok dah berapa orang ndak staff mek orang swab
kejut2 jak sorang2 +ve
dan yang baru di swab ya..  memang dah lamak ada covid dalam badan
yahh mcm ney ya..
sebab sikda simptom
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 06:22 AM | Show all posts
Vellfire replied at 3-9-2021 11:09 PM
3 hari tok dah berapa orang ndak staff mek orang swab
kejut2 jak sorang2 +ve
dan yang baru di sw ...
sebab ya kmk nyokong juak la usaha kerajaan Sarawak lebih telus dalam memberitahu berapa jumlah sebenar yang dah terjangkit dengan Covid ni...
takmo la kita rasa "selesa" sebab angka makin sedikit sedangkan hakikat nya ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.042767 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list