CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 0

[Sarawak] Beberapa kawasan di Baram dan Subis banjir

[Copy link]
Post time 3-9-2021 03:06 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan banjir di Rumah Nelson Ningkan, Niah.

MIRI: Beberapa kawasan di Baram dan Subis dilanda banjir pagi ini berikutan hujan lebat menyebabkan sekolah, jalan raya dan perkampungan ditenggelami air hingga lima kaki.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata paras air di Rumah Nelson Ningkan dan Rumah Bulin Nyalu di Sungai Saeh, Niah dilaporkan meningkat.

"Jalan masuk hanya dapat diakses dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan tidak sesuai untuk kenderaan kecil. Langkah berjaga-jaga jika masih hujan di kawasan Ulu, ada kemungkinan laluan masuk ke Rumah Bulin berbahaya untuk dilalui," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, menurutnya Rumah Edward Ekau, Sungai Serungut dan Rumah Lingu di Pakut, Sibuti juga ditenggelami air.

"Permukaan jalan yang rosak dan berlubang membuatkan jalan menuju ke perkampungan ini tidak dapat dilalui kenderaan kecil, tetapi tren air dilaporkan mulai surut.

"Belum ada pemindahan penduduk dibuat di kawasan-kawasan yang terjejas banjir di Baram dan Subis buat setakat ini dan kebanyakan penduduk setempat dapat melanjutkan kegiatan harian mereka," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, keadaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Teru, SK Long Miri, SK Long Panai, SK Morek, SK Kuala Bok dan SK Long Atip yang dilanda banjir adalah terkawal walaupun paras air masih lagi meningkat.

Difahamkan, SK Long Panai paling teruk terjejas dengan keadaan paras banjir setinggi 5.2 kaki.

Sementara itu, Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai berkata paras air banjir di rumah panjang Long Panai dengan 129 pintu adalah sekitar dua meter dan paras air meningkat.

Selain Long Panai, hujan lebat sejak petang Khamis juga menyebabkan beberapa kawasan di Baram iaitu Long Lama, Long Moh, Long Atip, Long Wat dan Long Laput mengalami banjir hingga tiga kaki.


utusanborneo.com.my/2021/09/03

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.392095 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list