CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 694|Reply: 0

[Sarawak] Pandemik COVID-19, kukuhkan semangat patriotisme rakyat Sarawak

[Copy link]
Post time 1-9-2021 12:47 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (kiri) dan Abang Johari (dua kiri) bersama Tun Taib serta Toh Puan Ragad mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri 2021. - Gambar ihsan Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUCHING: Pandemik COVID-19 telah memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini yang saling membantu mereka memerlukan.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pandemik COVID-19 ini menyaksikan betapa masyarakat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama datang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa disuruh.

“Mereka bekerjasama menyediakan makanan, pakaian, barang keperluan dan sebagainya kepada petugas barisan hadapan serta rakyat yang menghadapi kesukaran.

“Orang ramai juga menunjukkan sokongan dan simpati kepada petugas barisan hadapan dengan memberikan kata-kata perangsang dan ucapan penghargaan kepada perjuangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada sambutan Hari Kebangsaan 2021 peringkat Negeri yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta dihadiri tetamu kehormat Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di kompleks DUN di sini, malam tadi.

Abdul Karim yang juga menteri bertanggungjawab untuk penganjuran sambutan berkata, tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin dan Malaysia Menang Bersama ianya amat tepat dan sesuai sekali.

Tambah beliau, tema ini jelas menggambar dan mencerminkan apa yang Kerajaan Sarawak telah dan sedang buat untuk rakyat lebih-lebih lagi dalam suasana kita berperang dengan penularan wabak COVID-19.   

“Kita faham banyak rakyat kita yang menghadapi kesukaran ketika ini, namun kita di pihak kerajaan yang dipimpin oleh Ketua Menteri, sentiasa bekerja keras untuk memikir dan merancang bagaimana dan cara mana kita dapat meringankan masalah rakyat.

“Begitu juga, Kerajaan Sarawak amat prihatin dan mengambil berat mengenai perjuangan mereka di barisan hadapan (frontliners) yang berperang dengan wabak penularan COVID-19 ini setiap hari sejak bulan Mac 2020 hingga sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut sambutan Hari Kebangsaan, beliau berkata ia merupakan satu acara yang penting dan satu usaha bagi meningkatkan lagi semangat patriotisme, kesedaran dan kefahaman terhadap sejarah negara dan tanggungjawab kepada negara dan bangsa.

“Melalui sambutan seperti ini, ia bertujuan supaya rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai sosiobudaya dan ekonomi sentiasa bersatu hati dan bekerjasama dalam membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk Sarawak,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/09/01

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.656606 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list