CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 805|Reply: 2

[Sabah] Jangan bernostalgia kejayaan masa lalu

[Copy link]
Post time 1-9-2021 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-9-2021 02:19 AM

Bung: Jangan bernostalgia kejayaan masa lalu


KOTA KINABALU: Umno  perlu bijak meneliti perubahan demografi dan melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya untuk mengelakkan parti itu ditolak masyarakat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata meskipun telah banyak kebaikan yang dilakukan oleh Umno/Barisan Nasional (BN) untuk rakyat, namun ianya tidak lagi menjadi perkiraan ketika mereka berhadapan dengan cabaran kesihatan dan ekonomi akibat penularan pandemik Covid-19.

“Apa yang rakyat mahukan ialah tindakan serta-merta membantu mereka (rakyat) yang terhimpit dengan cabaran kehidupan ketika ini, selain menyelesaikan isu-isu yang tertunggak,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Pidato Online secara maya anjuran Biro Penerangan UMNO Sabah di bangunan UMNO di sini.

Menurut Umno Online, Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata pemilihan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ketika ini wajar menjadi penyuntik semangat untuk semua ahli UMNO bersatu padu mengukuhkan semangat perjuangan UMNO/BN untuk menghadapi PRU15 akan datang.

“Perubahan ini UMNO mesti teliti, UMNO mesti lakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya dengan pendekatan serta tindakan dilakukan di peringkat bahagian dan cawangan selari dengan keadaan semasa,” katanya.

Bung berkata, walau sehebat mana sejarah parti itu, namun ia bukan jaminan penerusan kuasa dan kejayaan parti berkenaan jika ia tidak berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan semasa.

“Kita tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah tetapi kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti yang telah lahir 75 tahun lalu, kita tetap relevan, tetap sesuai, tetap jadi parti pilihan rakyat pada mana-mana tempat dan keadaan.

“Kita mesti akur dan mesti insaf, mana-mana parti yang tidak menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa meskipun parti itu sehebat mana, budi sebesar mana, kejayaan setinggi mana sekalipun, parti itu akan tetap tergugat kedudukannya” jelas Bung yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan.

Dalam masa yang sama, Bung turut mengingatkan pemimpin UMNO supaya mendahulukan rakyat dalam apa keadaan sekalipun untuk mengelakkan parti itu dilihat sebagai parti berkepentingan sendiri.

Mengulas pertandingan tersebut Bung berkata ia merupakan pendekatan terbaik meskipun dilaksanakan secara maya bagi mencungkil bakat pemidato yang boleh dimanfaatkan oleh parti ketika berada menghadapi pilihan raya.

“Kita perlu sedar dan perlu bersedia menghadapi norma baharu ketika pandemik COVID-19 melanda negara dan keadaan mungkin akan mengambil masa lama sehingga kita berhadapan PRU15 akan datang yang menghadkan kita berkempan cara tradisional,” katanya.



sarawakvoice.com/2021/09/01

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dpt memerintah..atas dsr manifesto bkn kitab suci...vs dpt memerintah atas dsr 'katak'.Tada beza pon....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 12:40 PM | Show all posts
Skuau replied at 1-9-2021 03:11 AM
dpt memerintah..atas dsr manifesto bkn kitab suci...vs dpt memerintah atas dsr 'katak'.Tada beza pon ...

amboii awal pagi dah bebel yer
kita tunggu next undi.. harap lepas ni pengundi2 bukak mata

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.070422 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list