View: 930|Reply: 1
|
[Sarawak]
Premis perniagaan MDL ditutup tiga hari
[Copy link]
|
|
LIMBANG: Semua premis perniagaan di bawah Majlis Daerah Limbang (MDL) ditutup selama tiga hari berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di daerah ini bermula esok sehingga Jumaat ini.
Premis perniagaan yang terlibat termasuk Bangunan Tamu Limbang, Pasar Limbang, Medan Selera Limbang dan Medan Bangkita Limbang.
Walikota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata, penutupan ekoran peningkatan kes jangkitan COVID-19 di daerah ini.
"Penutupn premis perniagaan milik MDL ditutup selama tiga hari bagi memudahkan proses sanitasi,” katanya kepada media hari ini.
Sufian berkata semua peniaga dan orang ramai dilarang untuk berkunjung dan berada di dalam bangunan serta kawasan tersebut sepanjang tempoh penutupan.
Katanya tempoh penutupan ini adalah tertakhluk kepada perubahan dan arahan semasa.
“Ini bagi memberi laluan kepada pihak majlis menjalankan proses sanitasi keseluruhan bangunan dan mengelakkan sebarang pergerakan orang ramai di kawasan tersebut untuk mengekang penyebaran COVID-19.
“Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam menghentikan penularan wabak ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kes makin meningkat ... buat jer la PKP penuh ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|