View: 1426|Reply: 8
|
[Sarawak]
Isteri Datuk Bandar hampir jadi mangsa tali layang-layang putus
[Copy link]
|
|
MIRI: Isteri saya hampir menjadi mangsa cedera terkena tali layang layang putus kelmarin.
Demikian kata, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii meminta kerjasama pihak polis untuk memantau aktiviti permainan layang-layang di tempat awam.
Beliau berkata, ketika hendak keluar dari kereta namun berjaya mengelak benang yang tergantung di anjung kereta kediaman mereka.
"Permainan layang-layang ini boleh menjadi serius dan bahaya.
Isteri saya bila di balik ke rumah dan keluar dari kereta, beliau nyaris terhiris sendiri. Tidak disangka ada benang layang-layang di anjung kereta, " katanya dalam kenyataan
Yii berkata, kejadian itu menjadikan permainan layang-layang telah menjadi tidak selamat dan mendatangkan bahaya.
"Orang awam yang bermain layang layang untuk bermain di tempat terbuka bukan di tepi jalan dimana benang boleh memberi kecederaan serius khasnya kepada penunggang motosikal," katanya.
Beliau menambah banyak kes kecederaan disebabkan benang layang-layang dalam kalangan penunggang motosikal dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata, pengawasan pihak berkuasa diperlukan untuk memastikan aktiviti permainan itu tidak mengancam keselamatan awam.
"Saya telah menulis surat kepada polis untuk meminta bantuan mereka memantau aktiviti ini yang banyak dijumpai di tempat awam terutamanya di Tudan, Permyjaya, Luak serta di kawasan lain," katanya.
Yii meminta kerjasama polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku insiden tidak diingini akibat aktiviti itu.
Menurut Yii, permainan itu sewajarnya dimainkan di tempat terbuka luas yang jauh dari jalan raya, pusat komersial dan kediaman sesak.
Beliau kesal aktiviti itu telah menimbulkan banyak aduan dan masalah kepada penduduk termasuk pengguna jalan raya.
Menurutnya, banyak aduan diterima termasuk kecederaan dan kemalangan akibat aktiviti ini.
"Pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) juga menerima aduan awam menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas demi keselamatan awam." katanya.
Yii ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis MBM turut mengutarakan isu tersebut yang dikendalikan secara maya semalam.
Menurutnya permainan layang-layang boleh menjadi tidak selamat dan mendatangkan bahaya kepada umum.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju ... jangan lah main kat tepi jalan ... berdekatan rumah orang ... bahaya ...
lagi-lagi yang guna benang yang dier rang dah salut dengan serbuk kaca...
|
|
|
|
|
|
|
|
dh ada yang mati lah sebab benang layang2 kaca ni. harap polis haramkan di malaysia sama seperti taji ayam yang telah diharamkn |
|
|
|
|
|
|
|
gik ada juak orang main k tali kaca?
mun main sorang2 janganlah guna benang mcm ya
|
|
|
|
|
|
|
|
1st time tau pasal tali layang2 salut kaca ni masa baca komik anak2 Sidek dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib nk terkena kt isteri datuk bandar bru bnda ni membuka mata org ramai. klau jd kt org biasa, mmg sunyi sepi leee |
|
|
|
|
|
|
|
iol teringat cerita ghost ship yang tali dok penggal semua orang kat kapal tu
ughhhh seremmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Bberapa thn dolu apak ade ckp die hmpr2 terlggr tali layang2 ms tgh naik motosikal blk dr kedai..dah le ms tuh hari mendung, nasib baik x jd pape... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak baca thread ni, sumpah tak tahu tali layang2 ni bahaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|