View: 836|Reply: 1
|
[Sarawak]
Maut terkena renjatan elektrik
[Copy link]
|
|
SIBU: Seorang lelaki ditemui maut di atas bumbung rumah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik pada kabel elektrik utama di kediaman mereka di Kampung Hilir di sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 10.27 malam.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki berada di atas bumbung rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Pasukan Bomba kemudian menghubungi pihak SESCO untuk memutuskan bekalan elektrik sebelum melakukankerja kerja-kerja penyelamatan dan menurunkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Syazwan Saifullah Roslan, 22, disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital di lokasi kejadian.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Michael Ubam
|
|
|
|
|
|
|
|
SIBU, 31 Ogos: Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah di Jalan Kampung Hilir malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.30 malam.
Mangsa berusia 22 tahun ditemui tidak sedarkan diri di atas bumbung rumah yang telah terkena renjatan elektrik pada kabel utama.
Pasukan Bomba bertindak menghubungi pihak Sarawak Energy Berhad (SESCO) bagi memutuskan bekalan elektrik sebelum menurunkan mangsa.
Pasukan perubatan kemudian memeriksa mangsa namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|