View: 748|Reply: 0
|
[Sarawak]
Buat laporan jika majikan paksa pekerja positif Covid-19 bekerja
[Copy link]
|
|
KUCHINGihak polis menasihatkan mana-mana individu disahkan positif Covid-19 yang dipaksa hadir bekerja oleh majikan atau pihak lain untuk tampil membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata,laporan boleh dibuat di mana - mana balai polis yang berdekatan untuk tindakan lanjut atau menghubungi talian hotline polis sarawak 082 –240800 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444.
"erbuatan sedemikian adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Kesalahan ini boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun sehingga lima tahun atau denda dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan penjara sampai enam bulan atau denda atau kedua - duanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini pihak polis mengesan satu kenyataan tular di media sosial pada 23 Ogos lalu majikan memaksa pekerja positif saringan Covid- 19 untuk hadir kerja.
Ahsmon berkata, lelakk yang memuat turun kenyataan itu merayu cadangan untuk membuat aduan, mendakwa majikan di Kuching memaksa pekerja positif turun kerja.
"Setakat ini kita belum menerima sebarang aduan daripada individu yang terlibat,"uiarnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|