View: 732|Reply: 1
|
Guardiola mahu tinggalkan City 2023
[Copy link]
|
|
Rio de Janeiro: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, dia berhasrat meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas kontraknya tamat penghujung 2023 dan kemudiannya mahu mengendalikan skuad kebangsaan.
"Selepas tujuh tahun bersama kelab ini, saya fikir saya perlukan rehat,'' kata Guardiola yang berusia 50 tahun.
"Saya perlu lihat apa yang telah kami lakukan dan menilai motivasi untuk masa depan dan dalam proses ini saya berminat menjadi jurulatih skuad kebangsaan: Amerika Selatan, Eropah...saya mahu mencari pengalaman Copa America.''
Bagaimanapun, Guardiola tidak mengharapkan sangat pasukan kebangsaan itu Brazil.
"Pasukan kebangsaan selepas ini, ya,'' katanya ketika bercakap di media dalam talian anjuran syarikat kewangan Brazil, XP Investimentos yang dipetik ESPN Brasil.
"Saya fikir jurulatih Brazil sudah pasti selalunya rakyat Brazil sendiri. Saya tak nampak jurulatih asing mengendalikan pasukan seperti Brazil."
Bekas pemain Barcelona itu menjuarai tiga gelaran Liga Perdana dalam tempoh lima musim ketika mengendalikan City dan musim lalu membawa mereka ke final Liga Juara-Juara namun tewas 0-1 kepada Chelsea.
Sebelum itu dia memenangi Liga Juara-Juara dua kali bersama Barcelona dan menjuarai La Liga tiga kali dengan Catalan selain menjuarai Bundesliga bersama Bayern Munich.
Bagaimanapun, Guardiola masih belum mengendalikan skuad kebangsaan atau menjulang sebarang trofi di peringkat antarabangsa.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
GUARDIOLA mahu menjadi pengurus skuad kebangsaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|