CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 3

[Sarawak] Remaja cuba rompak RM10,000 dikenakan bon berkelakuan baik

[Copy link]
Post time 26-8-2021 03:14 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seorang remaja lelaki dikenakan bon berkelakuan baik selama tempoh dua tahun tanpa jaminan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas cubaan merompak wang tunai RM10,000.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga menetapkan ibu bapa remaja berusia 17 tahun untuk menyempurnakan bon dengan menemani tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali dalam tempoh dua bulan, sepanjang tempoh bon dikenakan.

Keputusan itu dibuat selepas mendengar laporan akhlak dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Tertuduh pada Mac lalu mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang beralamat di Baram itu didakwa cuba melakukan rompakan terhadap sepasang suami isteri pada 14 Mac lalu, jam lebih kurang 9 malam di kediaman mangsa di Taman Sri Perkasa, Jalan Matang, di sini.

Pada hari kejadian, suami isteri berkenaan balik ke rumah dan mendapati terdapat seorang lelaki (tertuduh) yang menggunakan pelitup muka berada dalam bilik tidur di belakang rumah mereka.

Tertuduh kemudian meminta kedua-dua mangsa diam sambil mengacukan pedang samurai dan pisau pemotong sayur ke arah mereka serta meminta wang sebanyak RM10,000.  

Bagaimanapun, tertuduh dilaporkan melarikan diri setelah mangsa membuka pintu belakang rumah.

Difahamkan, remaja tersebut yang merupakan bekas rakan sekerja mangsa bertindak demikian kerana memerlukan wang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Hafizah Abdul Hamid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2021 03:15 PM | Show all posts
moga berubah ... muda lagi ....



Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lapor diri dua bulan sekali? Patutnya 2 minggu sekali baru dia rasa susah and maybe kesal. Kalau disini.. Young delinquents bukan hanya report diri regularly malahan kena attend compulsory intervention programs/counselling sessions.

Harap2 anak ni belajar dari kesilapan and ada pihak yang ambil dia bekerja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 04:28 PM | Show all posts
ease replied at 26-8-2021 04:25 PM
Lapor diri dua bulan sekali? Patutnya 2 minggu sekali baru dia rasa susah and maybe kesal. Kalau dis ...
kan ...
baca2 tadi ... heran juga ... 2 bulan sekali...

tapi...
terpikir juga ...
mungkin dia berasal dari daerah pendalaman ...
nak lapor diri ke Balai Polis terdekat tu ... agak jauh

tu yang kelongaran di beri camtu ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.214752 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list