View: 716|Reply: 1
|
Skuad bola sepak wanita elak jadi 'lauk'
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Elak menjadi pasukan belasahan antara misi utama skuad bola sepak wanita dalam menghadapi perlawanan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 menentang Thailand dan Palestin nanti.
Perlawanan yang berlangsung di Al Ram, Palestin pada 19 hingga 22 September depan sudah tentu menjadi ukuran kepada skuad 'bunga' bola sepak wanita itu untuk mengetahui sejauh mana kemampuan mereka selepas berehat hampir dua tahun.
Pengendali skuad bola sepak wanita negara Jacob Joseph berkata, prestasi anak buahnya boleh dikatakan agak memuaskan walaupun sudah lama tidak menyertai kem latihan pusat berikutan pandemik Covid-19.
Beliau berkata, walaupun akan bertemu Thailand yang dilihat memiliki barisan pemain hebat namun anak buahnya tidak 'goyang' dan akan cuba memberi tentangan sengit sekali gus mengelak daripada tewas dengan jaringan besar.
"Kita tahu Thailand adalah pasukan yang kuat dan kalau boleh mahu pastikan tidak kalah dengan jaringan yang besar. Mungkin peluang itu ada namun kita akan cuba.
"Saya yakin kita dapat tiga mata penting ketika bertemu tuan rumah dan harap pemain boleh beraksi dengan konsisten," katanya.
Sementara itu, pemain bola sepak wanita kebangsaan Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh melihat gandingan pemain muda dan senior dapat membantu pasukan lebih mantap pada perlawanan terbabit.
"Sudah pasti semua individu yang mewakili negara mahukan kemenangan dan pada perlawanan terbabit saya mengharapkan barisan pemain boleh berikan persembahan terbaik.
"Apa yang boleh saya katakan perlu ada keyakinan pada setiap perlawanan dan berharap kita dapat catat keputusan positif," katanya.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Steffi menjalani latihan di padang FAM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|