View: 709|Reply: 1
|
West Ham mudah belasah Leicester
[Copy link]
|
|
London: West Ham meneruskan permulaan cemerlang musim ini dengan Michail Antonio muncul penjaring terbanyak kelab selepas meledak dua gol ketika menewaskan Leicester yang beraksi dengan 10 pemain 4-1, hari ini.
Skuad bimbingan David Moyes mendahului menerusi gol Pablo Fornals pada babak pertama di Stadium London.
Pemain Leicester, Ayoze Perez dibuang padang kerana mengasari Fornals sebelum berakhir separuh masa pertama.
Said Benrahma menambah gol kedua West Ham di babak kedua sebelum Youri Tielemans meraih gol pertama Leicester.
Antonio tampil pada perlawanan itu dengan berkongsi rekod penjaring terbanyak 47 gol bersama-sama Paolo Di Canio dalam era Liga Perdana.
Pemain berusia 31 tahun itu pantas memintas rekod berkenaan dengan meledak dua gol di hujung permainan dan ia adalah kemenangan kedua berturut-turut West Ham selepas menewaskan 4-2 di Newcastle.
"Saya sangat gembira. Saya kecewa dengan cara dia beraksi pada separuh masa pertama tetapi dia membuatkan saya terdiam selepas apa yang saya perkatakan kepadanya pada masa rehat," kata Moyes mengenai Antonio.
Di sebalik tidak agresif pada jendela perpindahan pemain, West Ham mengungguli carta liga dan dilihat berupaya mengulangi pencapaian penamat keenam musim lalu.
"Barisan pemain bermain dengan baik. Lawan cuba mengubah rentak permainan tetapi kita berjaya mengatasinya.
"Saya mencabar pemain untuk meraih lebih banyak lagi mata bagi membolehkan kami beraksi di Liga Juara-Juara," kata Moyes.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
ANTONIO (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|