View: 818|Reply: 1
|
PSG hilang khidmat Icardi
[Copy link]
|
|
Paris: Paris Saint-Germain dijangka beraksi tanpa penyerangnya Mauro Icardi untuk tempoh tiga atau empat minggu selepas pemain Argentina itu mengalami kecederaan bahu kanan, umum kelab Ligue 1 itu, hari ini.
Icardi mengalami kecederaan itu selepas membantu kemenangan 4-2 ke atas Brest, Jumaat lalu.
PSG dalam satu kenyataan mengesahkan pemeriksaan yang dijalankan mendapati kecederaan yang dialami Icardi.
"Dia dijangka kembali menjalani latihan bersama pasukan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga dan empat minggu lagi."
Kecederaan itu memberi tamparan hebat buat Icardi yang meledak dua gol dalam tiga perlawanan awal liga.
Selain tidak dapat beraksi dalam perlawanan di Reims pada Ahad ini dia juga terpaksa diketepikan daripada skuad kebangsaan Argentina, bulan depan.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Mauro Icardi (tengah) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di PSG. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|