CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 1

Liverpool sekat Salah sertai skuad Mesir lagi

[Copy link]
Post time 23-8-2021 09:58 PM | Show all posts |Read mode
London: Liverpool dilaporkan cuba menghalang Mo Salah dari menyertai skuad kebangsaan Mesir bagi perlawanan antarabangsa akan datang kerana bimbang penularan Covid-19.

The Reds agak berat hati melepaskan bintang penyerang mereka untuk melakukan perjalanan ke negara Afrika itu kerana syarat kuarantin dan kebimbangan penularan virus berkenaan.

Mesir akan berdepan Angola di Kaherah pada 2 September dan berkunjung ke Gabon tiga hari kemudian bagi aksi kelayakan Piala Dunia.

Jika Salah melakukan perjalanan ke Mesir dia perlu menjalani kuarantin di hotel dekat United Kingdom (UK) selama 10 hari selepas kembali ke London.

Sekali gus menyebabkan dia tidak dapat disenaraikan bagi perlawanan Reds berdepan Leeds.

Bagaimanapun, Liverpool sedia melepaskan penyerang itu bagi perlawanan berdepan Gabon kerana negara itu tidak berada dalam senarai perhatian di UK.

Kelab berpangkalan di Anfield itu menulis surat kepada Persatuan Bola Sepak Mesir meluahkan pandangan dan membuat permohonan untuk Salah diketepikan dari senarai panggilan skuad kebangsaan itu.

Dalam satu kenyataan, Mesir memberitahu mereka sudah membuat permohonan kepada Fifa bagi pengecualian perjalanan khas yang bermakna Salah boleh beraksi buat negaranya dan tidak akan dipaksa menjalani kuarantin di UK.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 09:59 PM | Show all posts

Bintang Liverpool, Mohamed Salah beraksi dalam perlawanan berdepan Burnley, Sabtu lalu. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065433 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list