View: 798|Reply: 1
|
Wan Karpet masih berbisa
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Pemain sayap berpengalaman Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Syazwan Zainon atau dikenali sebagai Wan Karpet kembali menyerlahkan kemampuannya melalui kelincahan larian dengan menyumbangkan satu gol bagi memastikan kejayaan skuad hijau kuning ketika menentang Terengganu FC (TFC), Sabtu lalu.
Ini membuktikan pemain 'otai' sepertinya tetap berbisa dalam mengatur gerak bahaya melalui hantaran gol yang mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan ditambah pula dengan kordinasi yang ditampilkan bersama dua penyerang utama iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.
Syazwan sempat meluahkan perasaan syukur diatas hasil usaha yang dilakukan selepas KDA FC berjaya mengutip mata penuh pada aksi penuh semangat di tempat lawan.
"Alhamdulillah apa yang jurulatih rancangkan sebelum ini memang berhasil dan untuk perlawanan ketika menentang TFC itu saya hanya berusaha dan sebenarnya tak jangka, dengan kita pula beraksi di tempat lawan tapi bersyukur kita akhirnya dapat menjaringkan dua gol untuk membawa pulang tiga mata.
"Dalam jadual padat membabitkan tiga perlawanan dalam tempoh seminggu lebih ini yang saya tahu kebanyakan pemain dalam keadaan keletihan tapi kita tetap usahakan pada tahap terbaik dengan fokus setiap perlawanan demi perlawanan yang akan kita lalui." katanya.
Syazwan juga berkata beliau berharap dapat terus memberikan rentak serta aksi terbaiknya untuk skuad hijau kuning seperti yang beliau sasarkan dengan baki aksi perlawanan yang akan dihadapi pasukan selepas ini.
Dia melakukan lebih tujuh penampilan bersama KDA FC musim ini, merekodkan jumlah sembilan gol ketika bersama Kedah bermula musim 2014 hingga 2018, berpindah ke Selangor FC pada musim 2019 sebelum beliau kembali semula menyertai skuad hijau kuning pada musim ini.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Syazwan (kiri) membuktikan kelincahan ketika beraksi bersama KDA FC. |
|
|
|
|
|
|
| |
|