London: Piers Morgan meminta Arsenal memecat Mikel Arteta dan menggantikannya dengan Antonio Conte selepas Chelsea menewaskan Gunners 2-0.
Arsenal sering mempertahankan Mikel Arteta sepanjang empat musim jendela perpindahan pemain sejak dia menjadi pengurus hujung 2019.
Pengendali dari Sepanyol itu tidak mempunyai pengalaman luas sebelum mengambil alih tugas di Arsenal dan ia adalah satu perjudian besar kelab berkenaan.
Arteta memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti pada setengah musim pertama bersama kelab itu.
Bagaimanapun segala-galanya semakin menurun sejak itu dan pengendali dari Sepanyol itu kini melakukan perubahan besar skuad yang dilihat kurang mantap.
Bekas pemain tengah itu mungkin tidak sesuai menggalas tugas berkenaan dan Morgan percaya masanya sudah tiba untuk perubahan.
Hos rancangan televisyen itu menyaksikan Gunners bergelut ketika tewas kepada Chelsea dan kemudian menulis di Twitter bahawa kelab itu perlu melantik Conte sebagai pengurus kelab itu.
Dia menghantar Twitter bersama gambar pengurus Itali itu dengan keterangan: "Bayar lelaki ini apa sahaja yang dia mahu untuk menyelamatkan kita dari penderitaan yang membosankan ini."
Conte memenangi gelaran Serie A bersama Inter Milan musim lalu dan ketika ini tidak membimbing mana-mana kelab.