CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 930|Reply: 1

Misi Sri Pahang perbaiki kedudukan

[Copy link]
Post time 15-8-2021 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Kapten Sri Pahang FC, Muslim Ahmad percaya skuad itu mampu memperbaiki kedudukan lebih baik pada baki lima perlawanan Liga Super.

Ini kerana pemain pertahanan itu bersama rakan sepasukan berazam untuk memastikan skuad Tok Gajah tidak keciciran mata pada lima perlawanan itu.

"Kami tidak boleh kehilangan mata terutama pada tiga perlawanan berlangsung di Kuantan yang akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Biarpun sedar cabaran sengit bakal dihadapi ketika semua pasukan mahu menang, saya dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk mempamerkan persembahan yang terbaik.

"Kami akan pastikan tiga perlawanan di laman sendiri nanti akan menyaksikan sembilan mata dikutip manakala dua perlawanan di tempat lawan tidak keciciran mata," katanya.

Selepas 17 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kesembilan dengan 17 mata ketika Melaka United pula mengutip 16 mata, Perak FC (13 mata) dan UiTM FC (lima mata).

Dengan kedudukan itu, skuad kendalian Dollah Salleh perlu mengutip seberapa banyak mata untuk mengelak daripada di zon penyingkiran.

Ditanya tempoh rehat dua minggu, Muslim gembira dengan komitmen daripada rakan sepasukan yang begitu komited sepanjang latihan.

"Segala-galanya berada pada tahap terbaik dan mengharapkan lima perlawanan yang bakal dihadapi akan berpihak kepada Sri Pahang," katanya.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 07:26 PM | Show all posts

AKSI kapten Sri Pahang FC, Muslim (kiri) ketika menghalang pemain Melaka United. FOTO Ihsan Sri Pahang FC
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.445033 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list