CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 878|Reply: 1

Shahril pangku tugas ketua jurulatih hingga hujung musim

[Copy link]
Post time 13-8-2021 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Khidmat penolong jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil, yang memangku tugas selaku ketua jurulatih kelab akan diteruskan sehingga tamat aksi Liga Super musim ini, kata Pengurus Besarnya Azman Noh.

Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan pemerhatian dilakukan pihak pengurusan selain kebanyakan pemain menyenangi pendekatan serta taktikal yang diterapkan Mohd Shahril, pada masa ini.

"Ada perubahan dari sudut taktikal dengan corak permainan yang diterapkan nampak berbeza, dan lebih meyakinkan ditambah dengan bantuan daripada Shahrulnizam Mustapa, yang bertindak selaku penolong jurulatih sementara untuk pasukan.

"Pemain pun nampak selesa dengan apa dilakukan mereka, walaupun kita akui buat masa ini kita masih ketandusan kemenangan daripada dua perlawanan di bawah kendalian beliau," katanya.

Sebelum ini, Mohd Shahril yang merupakan bekas pemain Perak era 90-an di posisi tengah dan pertahanan, dilantik untuk membimbing pasukan selama dua minggu bermula dengan perlawanan menentang Penang FC di Stadium Perak pada 3 Ogos lalu.

Pelantikan sementara itu juga dilakukan pihak pengurusan, selepas mengambil kira kemerosotan prestasi The Bos Gaurus di bawah kendalian ketua jurulatih Chong Yee Fatt.

Azman berkata ketika ini pemain Perak FC, sedang mengikuti kem berpusat selama tiga hari bermula semalam, bertujuan mengembalikan keyakinan serta fokus mereka bagi menghadapi empat perlawanan selepas ini, yang diibaratkan sebagai misi 'hidup mati' untuk kekal dalam saingan liga musim depan.

"Kita tidak boleh nak dedahkan lokasi kem ini, cuma apa yang boleh saya beritahu kita kurung mereka semata-mata untuk eratkan hubungan, berbincang daripada hati ke hati dan sebagainya. Ini pendekatan yang kita gunakan untuk bina dan kuatkan jati diri mereka kembali," katanya.

Mengulas mengenai pemain import, katanya Perak FC berkemungkinan besar hanya menggunakan khidmat dua pemain import dari Lubnan, Jad Noureddine dan Samir Ayass, selain tonggak kelahiran England, Charlie Machell sehingga ke penghujung musim.

Bagaimanapun beliau berkata, Jad dan Samir masih di bawah pemantauan rapi selepas kedua-duanya dilaporkan gagal memberi kerjasama yang baik, kepada barisan kejurulatihan.

"Pada masa ini, kita beri kedua-duanya peluang dan kita akan tengok mereka dalam sesi latihan. Kalau mereka tunjukkan kesungguhan saya rasa mungkin jurulatih akan senaraikan mereka. Setakat ini apa dimaklumkan, ada perkembangan positif ditunjukkan kedua-dua pemain itu," katanya.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 10:24 PM | Show all posts

Mohd Shahril Nizam Khalil (kanan) memberi arahan kepada pemain ketika aksi berdepan UiTM FC, Sabtu lalu. FOTO Ihsan Perak FC
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036004 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list