View: 805|Reply: 1
|
Manchester United perkenal jersi ketiga
[Copy link]
|
|
MANCHESTER: Manchester United memperkenalkan jersi ketiga baharu mereka menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.
Marcus Rashford, Paul Pogba dan Bruno Fernandes antara tonggak utama yang tampil dalam video memperkenalkan jersi berwarna biru gelap keluaran Adidas itu.
Pengendali United Ole Gunnar Solskjaer dan bekas pengendali legenda Alex Ferguson juga tampil dalam video berkenaan.
Video 69 saat itu memaparkan sejarah United, termasuk kelibat George Best dan peminat daripada pelbagai peringkat usia.
Ia diakhir dengan kata-kata daripada Rashford: "Memang benar kami pemburu kegemilangan... apa lagi yang hendak kami kejar?"
Rata-rata peminat setia United menyukai jersi berkenaan, tetapi sebahagian mengambil kesempatan bertanya tentang Raphael Varane yang belum disahkan perpindahannya dari Real Madrid.
"Memakai jersi biru dan kuning tidak menjamin trofi buat anda, terlalu berusaha untuk menjadi Chelsea," kata salah seorang peminat.
Peminat lain pula berkata: "Bayangkan mempunyai lebih banyak jersi berbanding pemain ternama baharu dalam jendela perpindahan,"
United akan memulakan kempen Liga Perdana di laman sendiri menentang Leeds Sabtu ini. - AGENSI
HMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Marcus Rashford antara tonggak utama yang ditampilkan dalam video memperkenalkan jersi baharu Manchester United. - Foto AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|