CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 2

[Sarawak] Penagih dadah ditangkap disyaki dalang kebakaran di Kampung Semarang

[Copy link]
Post time 5-8-2021 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Penagih dadah ditangkap disyaki dalang kebakaran di Kampung SemarangKUCHING: Seorang penagih dadah ditangkap kerana disyaki dalang kebakaran dua buah rumah di Kampung Semarang, Petra Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata lelaki berusia 29 tahun ditangkap anggota dari Balai Polis Gita pada jam 10.30 pagi hari ini.

Menurutnya, tangkapan dibuat susulan daripada siasatan polis mengesyaki suspek terlibat dalam kejadian khianat dengan api.

"Suspek disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun dan denda," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya juga, saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Ekoran itu, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun," katanya.

Dedah beliau juga, suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah dan jenayah harta benda.

Sekitar jam 2 pagi, hari ini, dua buah rumah di Kampung Semarang terbakar, manakala satu lagi terjejas tiga peratus pada bahagian dinding.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Padungan dan Tabuan Jaya hadir di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Utusan borneo/2021/08/05



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 11:01 PM | Show all posts
Mangsa kebakaran di Kampung Semarang terima sumbangan



Dr Abdul Rahman melawat mangsa kebakaran di Kampung Semarang dan menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa.  
KUCHING: Mangsa kebakaran di Kampung Semarang di sini menerima sumbangan bantuan daripada Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi hari ini.

Bantuan dalam bentuk makanan asas dan wang tunai disampaikan bagi meringankan beban mangsa yang kini menumpang di Surau Hayatuddin di kampung tersebut.

“Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan berharap penduduk kampung serta masyarakat umum akan turut tampil membantu mangsa dari segi sokongan moral mahupun barangan keperluan,” katanya ketika lawatan kepada mangsa hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut berterima kasih kepada agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang membantu keluarga mangsa.

Dalam pada itu, tiga buah rumah dilaporkan terbakar awal pagi hari ini di kampung tersebut dengan satu daripadanya musnah sepenuhnya.

Manakala dua buah lagi rumah masing-masing mengalami kemusnahan 70 peratus pada struktur bangunan dan sekitar tiga peratus pada bahagian dinding.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku kerana semua mangsa berjaya menyelamatkan diri.


Utusan borneo/2021/08/05


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakar dia pulak.
Hidup menyusahkan orang je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.080669 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list