CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1362|Reply: 2

[Sarawak] Busur senapang ikan tertusuk di badan

[Copy link]
Post time 26-7-2021 09:29 AM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba memotong besi busur senapang ikan pada belakang mangsa.


KANOWIT: Hasrat dua sekawan untuk mencari labi-labi dan ikan di sungai tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka tertembak busur besi senapang ikan sendiri pada malam Khamis.

Kejadian itu berlaku di Sungai Majau dekat sini sekitar jam 7.00 malam ketika mangsa bersama seorang rakannya menyelam di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit Arahman Chik berkata, anggotanya dikerahkan ke Hospital Kanowit selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 9.11 malam.

“Setiba di hospital, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Labang Bunsu melaporkan, terdapat seorang mangsa berusia 25 tahun cedera akibat tercucuk besi di bahagian belakang badan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihak hospital meminta khidmat anggota bomba untuk memotong besi dengan menggunakan pemotong khas sebelum mangsa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan busur tersebut.

"Operasi tamat, pada jam 9.22 malam setelah selesai memotong busur sepanjang kira-kira dua kaki itu," katanya.

Lima anggota bomba terlibat dalam operasi khidmat khas membantu pihak hospital untuk memotong besi busur senapang ikan tersebut.

Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Kanowit.

oleh Michael Ubam













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 12:33 PM | Show all posts
dengar pon dah seram....mcm mana boleh tercucuk tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2021 12:38 PM | Show all posts
kyozsamurai replied at 26-7-2021 12:33 PM
dengar pon dah seram....mcm mana boleh tercucuk tu
terlepas tembakan kot ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 2.175503 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list