Lelaki ditahan polis akibat cederakan ibu kandung sendiri
MIRI, 25 Julai : Tindakan seorang lelaki menyepak dan menarik rambut ibu kandungnya sendiri dalam satu kejadian di Tudan, Miri menerima padah apabila ditahan polis, semalam.
Suspek dikatakan marah selepas disuruh membuat kerja rumah oleh ibunya yang berusia 43 tahun.
Suspek ditahan semalam ekoran laporan yang dibuat mangsa manakala suspek yang berusia 20 tahun itu disiasat mengikut seksyen 506 kanun keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.