CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1143|Reply: 0

[Sabah] Kit Ujian COVID-19 boleh dibeli di Sunlight Pharmacy

[Copy link]
Post time 23-7-2021 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Kit Ujian COVID-19 boleh dibeli di Sunlight Pharmacy

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan (KKM), menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri (RTK-Ag) COVID-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan di dalam negara.

Kit ujian kendiri (RTK-Ag) ini boleh digunakan oleh orang awam untuk menjalankan saringan kendiri bagi mendapat keputusan mengenai status jangkitan COVID-19 mereka dengan cepat dan mudah  dengan kosnya kurang daripada RM40.

Salah satu kit ujian kendiri iaitu GMate COVID-19 Ag Saliva Home Kit (buatan Korea) kini boleh dibeli di Sunlight Pharmacy dengan harga RM39.90 setiap satu.
GMate dihasilkan oleh Philosys Co Ltd, Korea dan pengedarnya ialah Citymedic. Kit ini boleh diuji dengan hanya menggunakan sampel air liur. Kepekaan dan kekhususan adalah dua petunjuk asas yang digunakan untuk menilai ketepatan kit ujian saringan kendiri tersebut.

Menurut penilaian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), ketepatan GMate adalah setinggi 96% (berdasarkan kepekaan 91% dan kekhususan 100%).

Penggunaan GMate adalah sangat mudah, individu hanya perlu mengikut arahan pengeluar yang disertakan dalam kit ujian untuk mengumpulkan sampel air liur untuk ujian, dan keputusannya akan dikeluarkan dalam masa 20 minit.

GMate menawarkan kemudahan bagi sesiapa sahaja yang ingin menguji COVID-19 di rumah mereka sendiri. Mereka dapat menjalankan ujian tersebut dengan selamat di rumah mereka tanpa keluar untuk mendedahkan diri mereka atau menyebarkan virus.

Dalam tempoh luar biasa ini apabila jumlah kes yang disahkan tinggi, selain vaksinasi, orang awam juga dinasihatkan agar menjaga diri sendiri. Sekiranya keputusan ujian kendiri anda adalah positif, anda mesti melaporkan diri kepada KKM dan mengikut arahan mereka dengan sewajarnya.

Bagaimanapun, orang awam perlu mengambil perhatian bahawa Rapid Antigen Kit (RTK-Ag) dapat menghasilkan keputusan negatif-palsu jika kepekatan antigen terlalu rendah, atau jika sampel tidak diambil dengan cara yang tepat.

Oleh sebab itu, ujian ini hanya boleh digunakan sebagai pemeriksaan saringan kendiri dan tidak menggantikan fungsi diagnostik Reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR).

Sekiranya anda mendapati keputusan RTK-Ag yang negatif tetapi mempunyai gejala-gejala COVID-19, anda disarankan untuk mendapatkan ujian pengesahan dengan melakukan ujian RT-PCR di klinik atau makmal kesihatan dan keputusannya mungkin mengambil masa 24 jam.

Pendek kata, sentiasa jauhilah 3C (ruang sesak, ruang sempit & perbualan dekat) dan amalkan 3W (cuci, pakai & amaran) semasa wabak ini.
Sekiranya anda memerlukan keterangan yang lebih lanjut, sila hubungi mana-mana cawangan Farmasi Sunlight.


utusan borneo 2021-07-23T17:00:57+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 2.809197 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list