CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 4

[Sarawak] Covid19 23/07/2021

[Copy link]
Post time 23-7-2021 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

Kuching (184 )

Simunjan (30)

Bintulu (29)

Dalat (29)

Serian (28)

Sibu (28)

Miri (26),

Samarahan (22),

Bau (20),

Sri Aman (11),

Beluru (10),

Subis (9),

Saratok (7),

Lundu (6),

Asajaya (5),

Mukah (3),

Kapit (3),

Telang Usan (3),

Selangau (3),

Meradong (2),

Tatau (2)

Sarikei (1)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2021 05:42 PM | Show all posts
Kes mengikut Negeri dalam Malaysia






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2021 06:05 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:06 PM | Show all posts
Kluster Jalan Pesisir Bintulu Miri libatkan tempat kerja

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan satu kluster baharu melibatkan tempat kerja di Bintulu hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kluster itu adalah Kluster Jalan Pesisir Bintulu Miri melibatkan penghuni rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang terletak di Jalan Persisir Bintulu-Miri dalam daerah Bintulu.

"Seramai 312 orang telah disaring yang mana 25 orang didapati positif termasuk kes indeks," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, daripada itu juga 287 individu masih menunggu keputusan termasuk 22 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Jelasnya, kesemua mereka terlibat dalam kluster ini telah ditempatkan di Hospital Bintulu dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Bintulu.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan empat kluster telah tamat iaitu Kluster Sungai Parik di Sri Aman, Kluster Banting di Sri Aman, Kluster Melatai di Kapit dan Kluster Jalan Baru Tatau-Bintulu di Tatau.

Katanya, ia berikutan tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

Manakala, jawatankuasa itu berkata, sebanyak 91 kluster masih aktif di Sarawak yang mana 77 kluster tidak merekodkan penambahan kes baharu.

Namun, jelasnya, 14 kluster merekod penambahan kes positif baharu iaitu Kluster Balai Ringin Melayu (32), Kluster Jalan Persisir Bintulu-Miri 2 (22), Kluster Tembok Miri (14), Kluster Tembok Sri Aman 2 (9), Kluster Abu Bengang (6), Kluster Kampung Kendaie (5), Kluster Sentosa 2 (2), Kluster Ulu Senulau (2), Kluster Lunyim (1), Kluster Kilometer 85 Mukah (1), Kluster Duyoh (1), Kluster Bukit Tinggi (1), Kluster Jalan Selalang (1) dan  Kluster Jalan Demak Laut (1)

Sementara itu, JPBNS memaklumkan 17 daerah di negeri ini kekal berstatus Merah manakala Asajaya, Simunjan dan Dalat bertukar status dari Kuning ke Jingga.

Manakala daerah Betong dan Tatau pula bertukar status dari Merah ke Jingga setelah merekodkan 40 dan 36 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

"Jumlah daerah berstatus Kuning setakat ini adalah 10 daerah manakala empat daerah kekal berstatus Hijau," ujarnya.



utusan borneo 2021-07-23T17:46:35+08:00
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:07 PM | Show all posts
Lima rumah panjang, dua kuarters pekerja di Sarawak jalani PKPD

KUCHING: Lima rumah panjang (Rh) dan dua kuarters pekerja di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, enam rumah panjang itu Rh. Lanchum, Kampung Tenggang, Pantu Sri Aman (22 Julai hingga 4 Ogos 2021) ;  Rh. Seman Anak Riggie, Sungai Nat, Jalan Samling, Tinjar Beluru (22 Julai hingga 5 Ogos 2021) ;  Rh. Peter Mudai, Sungai Sian, Bintangor Meradong (23 Julai hingga 8 Ogos 2021) ; Rh. Wat, Jikang Julau (23 Julai hingga 8 Ogos 2021) dan Rh. Mulok, Klua Krian Saratok (26 Julai hingga 8 Ogos 2021).

"Dua lokaliti libatkan kuarters pekerja adalah Kuarters Pekerja, Ladang Suajaya Crop Mahir Sdn. Bhd. Tatau dari 22 Julai hingga 4 Ogos 2021 dan Kuarters Pekerja, Ladang Pelitanah 1 dan 2 Dalat 25 Julai hingga 7 Ogos 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala kata jawatakuasa itu, tiga lokaliti di Sarikei yang dikenakan PKPD sebelum ini ditamatkan hari ini.

Jelasnya, tiga lokaliti itu adalah Rh Luing, Sungai Pama, Gerugu Nyelong, Rh Nugu, Kerubong Selalang dan Rh Tapoi, Sungai Setajam.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak hari ini mengeluarkan 31 kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu 15 di Kuching, sembilan di Bintulu, Miri (6) dan Padawan (1) menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 9,488.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula mengeluarkan empat kompaun iaitu dua di Kapit dan masing-masing satu kompaun di Samarahan dan Serian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 1.364633 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list