CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1007|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 22/07/2021 474 kes baharu

[Copy link]
Post time 22-7-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-7-2021 01:15 PM

Sabah Catat Dua Kluster Baharu Covid-19 Di Tempat Kerja
KOTA KINABALU : Sabah merekodkan dua kluster baharu hari ini membabitkan  jangkitan di tempat kerja iaitu Kluster Sawit Lung di Beluran dan Kluster Industri KKIP Selatan di sini, kata  Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata Kluster Sawit Lung melibatkan jangkitan 15 kes kumulatif berpunca daripada seorang pekerja lelaki berusia 35 tahun yang bukan warganegara sebelum dikesan positif melalui saringan masuk ladang pada 14 Julai lepas.

“Seramai tiga lagi rakan sekerja kes indeks dikesan positif dan daripada 40 kontak yang disaring, 11 kontak dikesan positif melibatkan rakan sekerja serta ahli keluarga,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata Kluster Industri KKIP Selatan melibatkan jangkitan 12 kes kumulatif dan kes indeks pula adalah seorang lelaki berumur 20 tahun disahkan positif COVID-19 pada 12 Julai lepas.

Beliau berkata kes indeks bekerja sebagai operator di sebuah kilang plastik mula bergejala pada 9 Julai dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah  (PKRC) untuk rawatan lanjut.

“Sebanyak lapan kes dikesan di Kota Kinabalu, manakala di Tuaran sebanyak empat kes positif dikesan menjadikan 12 kes kumulatif kes ini,” katanya.

Sementara itu katanya Sabah mencatat 474 kes positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 76,927 kes, manakala 311 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 72,059 orang.- BERNAMA

sabahpost.net/2021/07/22



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.477545 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list