Edited by Vellfire at 22-7-2021 12:58 PM
Kelas tuisyen secara maya untuk pelajar SPM kini dibuka
Senator Jaziri Alkaf A. Suffian
KUCHING: Kita Anak Malaysia (KAM) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Yayasan MyProdigy Malaysia kembali menganjurkan Kelas Tuisyen Virtual Kejayaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ace SPM secara percuma atas permintaan yang tinggi oleh ibu bapa.
Pengerusi Yayasan MyProdigy Malaysia, Senator Jaziri Alkaf A. Suffian Yayasan Mypridigy Malaysia giat mempromosikan perkembangan pendidikan dalam kalangan remaja di negera ini menerusi program dikenali 'The Senator Listens' dan RISE Malaysia.
Beliau berkata menjadi harapan MyProdigy untuk memperkasakan generasi anak muda dengan memperkukuhkan capital intelektual negara.
"Kita seharusnya memberikan sokongan padu terhadap inisiatif sebegini supaya anak muda negara terus mara ke hadapan walaupun dibelenggu krisis pandemik COVID-19.
"Justeru kepada pelajar SPM yang berminat untuk menyertai kelas tuisyen ini boleh melayari laman web di www. kitaanakmalaysia.org untuk keterangan lanjut dan pendaftaran,” katanya dalam kenyataan akhbar.
Jaziri dalam kesempatan itu mengucapkan mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat negeri ini.
"Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak," katanya.
Mourhrna Anetha Reddy
Sementara itu Pengarah program, Mourhrna Anetha Reddy berkata, objektif utama program ini adalah membantu calon-calon SPM meneruskan sesi pembelajaran agar tidak jauh ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka ekoran penularan pandemik COVID-19 sejak tahun 2020.
“Kita harus faham akan cabaran- cabaran dihadapi oleh para pelajar ini. Inisiatif 'added value' yang diadakan ini bukan sahaja untuk membantu pelajar-pelajar membuat persediaan bahkan turut membimbing mereka dengan menyediakan soalan-soalan latihan pada setiap sesi pembelajaran.
“Kami berharap lebih ramai lagi pelajar dapat turut sama menyertai program Kelas AceSPM ini yang telahpun bermula sejak 4 Julai lalu dan akan diadakan setiap minggu bermula pada Jumaat sehingga Ahad,” katanya lagi.
Mourhrna berkata ini merupakan tahun kedua KAM menganjurkan proram sebegini dan pada tahun lalu hampir 500 pelajar dari seluruh Malaysia telah mendapat manfaat.
Katanya lagi setakat ini pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tuisyen secara virtual itu juga telah menunjukkan konsistensi dan komitmen yang tinggi.
Utusan borneo 2021-07-22T17:24:39+08:00
|