View: 1473|Reply: 4
|
[Sarawak]
Covid-19 22/07/2021 644 Kes baharu
[Copy link]
|
|
Edited by Vellfire at 22-7-2021 12:04 PM
COVID-19: Sarawak rekod 644 kes, hasil saringan bersasar di PKPD
KUCHING: Sarawak merekodkan peningkatan kes COVID-19 baharu yang ketara hari ini iaitu sebanyak 644 kes berbanding 261 kes baharu pada Rabu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini sehingga kini adalah sebanyak 72,857 kes.
"Pada hari ini, kes yang banyak dikesan mengikut daerah adalah berpunca saringan bersasar di lokaliti di bawah PKPD Kampung Seratau (Kuching) dengan 145 kes, lokaliti di bawah PKPD di Rumah Kambieng, Abu Bengang, Krian (Saratok) dengan 126 kes, Penjara Pusat Miri (Miri) dengan 120 kes, dan Penjara Pusat Sri Aman (Sri Aman) dengan 25 kes," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut jawatankuasa, daripada 644 kes yang direkodkan, daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi secara keseluruhan iaitu 258 kes, diikuti Saratok (131), Miri (126), Sri Aman (27), Sibu (22), Samarahan (15), Serian (12), Bau (12) dan Betonhg (7).
Daerah lain merekodkan kes hari ini, Pakan, Lundu, Kapit, Sarikei dan Telang Usang merekodkan masing-masing (4 kes) sementara Bintulu, Lawas, Meradong, Beluru, Subis masing-masing (2 kes) dan Song, Kapit, Bukit Mabong dan Selangau masing-masing (1 kes).
JPBNS berkata, daripada 644 kes yang dilaporkan 305 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 manakala 288 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada.
"Sementara 21 kes saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan tiga kes Import B dan satu kes Import A.
"JPBNS memaklumkan tiada kes kematian direkodkan hari ini, yang sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak setakat ini 450 kes," katanya.
Utusan borneo 2021-07-22T17:47:44+08:00
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dua kluster baharu diisytihar di Sarawak hari ini, babitkan rumah panjang
KUCHING: Dua lagi kluster baharu COVID-19 diisytiharkan di Sarawak dengan kedua-duanya merupakan kluster komuniti membabitkan penduduk dua buah rumah panjang di daerah Saratok.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini berkata kluster baharu pertama iaitu Kluster Ulu Senulau, Seratok melibatkan penduduk rumah sebuah rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Nanga Gong, Ulu Senulau di Daerah Saratok.
JPBNS berkata seramai 57 individu telah menjalani ujian saringan COVID-19, 33 didapati positif termasuk kes indeks, 18 lagi negatif dan enam masih menunggu keputusan ujian saringan.
Kesemua kes positif telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di daerah Betong, tambahnya.
"Kluster baharu kedua diisytiharkan hari ini ialah Kluster Abu Bengang, Saratok, juga melibatkan penduduk sebuah rumah panjang yang dikenakan PKPD di Abu Bengang, Krian di daerah Saratok.
"193 individu telah menjalani ujian saringan, 131 positif termasuk kes indeks, 46 pula negatif mananakala 16 individu masih menunggu keputusan ujian saringan," jelasnya.
JPBNS juga memaklmumkan pada hari ini satu kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu selepas tiada kes baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.
"Setakat ini terdapat 94 kluster COVID-19 yang masih aktif di seluruh Sarawak dan daripada jumlah itu 12 merekodkan penambahan kes baharu.
Kluster-kluster tersebut ialah Kluster Abu Bengang (126), Kluster Tembok Miri (120), Kluster Tembok Sri Aman (25), Kuster Lunyim (4), Kluster Kampung Kendaie (4) dan Kluster Lempaong (4).
Turut merekodkan penambahan kes baharu ialah Kluster Po Ai, Kluster Pagar Tebedu, Kluster Jalan Teo Kui Ngo, Kluster Sentosa 2, Kluster Jalan Selalang dan Kluster Jalan Demak Laut masing-masing satu kes.
Mengenai status zon COVID-19 di negeri ini, JPBNS berkata 19 kes dikategorikan sebagai Zon Merah iaitu Beluru, Betong, Lundu, Saratok, Tebedu, Telang Usan, Bau, Meradong, Tatau, Subis, Mukah, Sarikei, Samarahan, Serian, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.
Manakala empat daerah di negeri ini dikategori sebagai Zon Jingga (Pakan, Selangau, Lubok Antu dan Bukit Mabong), 13 lagi Zon Kuning (Song, Asajaya, Sri Aman, Kanowit, Dalat, Sebauh, Matu, Simunjan, Julau, Kabong, Marudi, Pusa dan Belaga).
"Empat sahaja daerah di Sarawak dikategori Zon Hijau iaitu Tanjung Manis, Limbang, Lawas dan Daro," tambahnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiga rumah panjang dikenakan PKPD
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan tiga lagi lokaliti di negeri ini diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
JPBNS menerusi kenyataan hari ini berkata, kesemuanya melibatkan tiga buah rumah panjang iaitu satu di Pakan manakala dua di Bakong, Beluru.
"JPBNS memutuskan PKPD di Rumah (Rh) Ama, Nanga Keluton Entabai Pakan berkuatkuasa dari 21 Julai hingga 6 Ogos 2021.
"Manakala di Bakong, Beluru PKPD melibatkan Rumah Labo Anak Abit, Jambatan Lemua (22 Julai hingga Ogos 2021) dan PKPD Rh Ambon Anak Menggat, Jambatan Lemua (22 Julai hingga 5 Ogos 2021)," katanya.
Sementara itu JPBNS memaklumkan satu lagi PKPD ditamatkan iaitu melibatkan Kuaters Pekerja, Ladang Sebubu, Jalan Persisir Bintulu-MirI, Bintulu pada 22 Julai 2021.
Mengenai lapora notis kompaun, jawatankuasa berkata polis Sarawak hari ini mengeluarkan sebanyak 19 notis kompaun hari ini iaitu di Bintulu (8), Kuching (7), Miri (3) dan Matu Daro (1).
Dengan itu ia menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan polis setakat ini 9,457 kompaun.
"Daripada 19 jumlah kompaun dikeluarkan itu antara kesalahan termasuk gagal mengimbas Kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis (9), Keluar dari kawasan PKPD tanpa kebenaran PDRM (3), tidak memakai pelitup muka (3), tiada penjarakan fizikal (2), rentas daerah tanpa kebenaran (1) dan masuk kawasan PKPD tanpa kebenaran (1).
Manakala pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan empat kompaun kesemuanya dibawah seliaan Lembaga Kemajuan Bintulu.
Dengan itu ia menjadikan jumlah kompaun dikeluarkan kementerian setakat ini sebanyak 1,345 kompaun. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
deng ...
kenak Kapit 2x
Daerah lain merekodkan kes hari ini, Pakan, Lundu, Kapit, Sarikei dan Telang Usang merekodkan masing-masing (4 kes) sementara Bintulu, Lawas, Meradong, Beluru, Subis masing-masing (2 kes) dan Song, Kapit, Bukit Mabong dan Selangau masing-masing (1 kes)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|