CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1393|Reply: 0

The Beatles Pernah Diserang Peminat Kerana Menolak Jemputan Isteri Presiden Fili

[Copy link]
Post time 21-7-2021 09:29 PM | Show all posts |Read mode
The Beatles Pernah Diserang Peminat Kerana Menolak Jemputan Isteri Presiden Filipina



The Beatles adalah salah satu kumpulan Rock Inggeris yang paling ikonik dan popular sepanjang masa dan dibentuk pada tahun 1960.

John Lennon, Paul McCartney, George Harrison, dan Ringo Starr merupakan ahli kepada kumpulan yang paling berpengaruh kerana karya muzik mereka yang hebat.

Muzik mereka kebanyakannya memberi tumpuan kepada rock, tetapi juga mempunyai genre lain seperti balada, muzik klasik dan lain-lain.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang The Beatles, kumpulan Rock Inggeris paling ikonik sepanjang masa.

1. Nama kumpulan The Beatles diinspirasi dari Buddy Holly dan The Crickets



Mereka merupakan peminat kepada penyanyi bernama Buddy Holly dan kumpulan rock, The Cricket. Oleh itu, John Lennon mendapat idea menggunakan kumbang sebagai nama kumpulan muzik mereka iaitu The Beatles.

2. The Beatles menolak jemputan dari Imelda Marcos



Pada bulan Julai 1966, The Beatles melawat Filipina ketika konsert jelajah dunia. Mereka tidak sengaja menaikkan kemarahan isteri Presiden Filipina, Imelda Marcos dengan menolak jemputan jamuan mewah di istana.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila stesen televisyen dan radio di Filipina menyiarkan tentang penolakan jemputan yang memalukan itu.

Oleh itu, mereka diserang oleh peminat-peminat yang kemarahan di hotel dan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

3. Dua ahli The Beatles adalah kidal



Waluapun nenek Ringo Starr menyuruh dia menggunakan tangan kanan semasa kecil, namun dia melakukan segala aktiviti dengan tangan kiri selain menulis.

Paul McCartney juga merupakan seorang kidal dan bermain gitar bes menggunakan tangan kirinya.

4. Ringo Starr naratif dalam siri animasi Thomas and Friends



Ringo Starr menceritakan kisah rancangan kanak-kanak berjudul Thomas and Friends dari tahun 1984 hingga 1986 dan kemudian dia menjadi suara konduktor selama dua tahun dalam rancangan Shining Time Station.

5. The Beatles tidak menulis skor muzik



Walaupun dianggap sebagai beberapa penulis lagu terbaik dalam sejarah muzik, ahli-ahli The Beatles tidak menulis skor muzik. Ini kerana tiada seorang pun ahli daripada kumpulan mereka yang tahu membaca atau menulis not muzik.

Sumber:https://plus.wiser.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.042265 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list