CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1319|Reply: 1

[Sarawak] SRAS kini dibuka kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu

[Copy link]
Post time 21-7-2021 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-7-2021 01:31 PM

Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman kini dibuka

KUCHING: Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) dibuka kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak, Mohamad Asman Ahmad berkata, SRAS adalah skim bantuan sewa RM200 sebulan, selama 36 bulan atau tiga tahun maksimum.

Perkara ini telah diumum Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa membentangkan Belanjawan Negeri Sarawak 2021, November tahun lalu.

Skim ini dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 isi rumah yang layak terutama golongan berpendapatan rendah dan terkesan disebabkan pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata penyewa-penyewa yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my.

Maklumat juga boleh dilayari di laman Facebook Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi HDC, tambahnya.

Permohonan SRAS terbuka kepada Warganegara Malaysia khasnya anak Sarawak. Peserta yang tersenarai di dalam sistem e-kasih dan atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan juga dialu-alukan memohon.

Pemohon boleh menghubungi terus Ibu Pejabat HDC Kuching ditalian 082-444381 atau 082443681 untuk sebarang pertanyaan. Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar ke pejabat-pejabat HDC di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri," katanya.







utusan borneo 2021-07-21T12:01:38+08:00




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2021 09:31 PM | Show all posts
Golongan B40 di Sarawak dipelawa mohon skim bantuan sewa rumah.

Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak mempelawa golongan B40 berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan untuk memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS).

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Sarawak Mohamad Asman Ahmad berkata SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021.

“SRAS kini dibuka kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri,” katanya dalam kenyataan hari ini.-MN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.459386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list