261 kes COVID-19, satu kematian di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan 261 kes baharu COVID-19 hari ini dengan kes harian tertinggi dilaporkan di Daerah Kuching iaitu sebanyak 106 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata lain-lain kes di kesan di Meradong (33), Saratok (30), Serian (17), Sibu (15), Lundu (14), Sri Aman (14), Miri dan Bau masing-masing empat kes.
Manakala Bintulu, Mukah, Beluru dan Bukit Mabong masing-masing merekodkan tiga kes, Kapit, Pakan, Sarikei dan Song masing-masing dua kes dan satu kes di Samarahan, Belaga, Lawas dan Tatau menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 72,213.
“Daripada 261 kes yang dilaporkan, 115 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 manakala 71 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada.
“Manakala 30 kes melibatkan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 43 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan dua kes Import B, individu balik dari Sabah dan Johor,”katanya.
JPBNS turut memaklumkan terdapat satu kes kematian baharu akibat COVID-19 melibatkan lelaki tempatan berumur 58 tahun yang berasal dari Serian. Kes kematian ke-450 ini disahkan positif COVID-19 pada 20 Julai dan dilaporkan meninggal di Hospital Umum Sarawak, katanya menambah kes turut mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.
Mengenai kes pulih, hari ini terdapat 436 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini seramai 67,386 orang atau 93.32 peratus daripada keseluruhan jumlah kes positif di Sarawak.
Jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 adalah seramai 4,210 orang.
utusan borneo 2021-07-21T18:04:20+08:00
|