Edited by Vellfire at 19-7-2021 01:03 PM
651 kes baharu COVID-19 hari ini
KOTA KINABALU: Sabah kekal mencatatkan kes baharu COVID-19 tinggi apabila sebanyak 651 kes direkodkan hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sejumlah 372 kes baharu disumbangkan daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Penjara Kepayan dan Tawau (172 kes) serta kluster yang lain.
"Kota Kinabalu merekodkan 244 kes, Keningau 90 kes, Tawau 60 kes, Kalabakan 40 kes, Sandakan 39 kes dan Beaufort 37 kes.
"Sementara Sipitang 28 kes, Papar dan Kinabatangan masing-masing 24 kes, Penampang 17 kes dan Ranau 14 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, daerah seperti Tuaran merekodkan lapan kes, Semporna tujuh kes, Kunak Lima kes, Putatan empat kes serta Kudat dan Kota Marudu masing-masing tiga kes.
Katanya, daerah yang mencatatkan satu kes sahaja ialah Telupid, Kuala Penyu, Pitas dan Beluran.
"Lahad Datu, Kota Belud, Tenom, Tambunan,Tongod dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes.
"Terdapat dua kluster baharu direkokan iaitu Kluster Pauh, Kinabatangan Kluster Angsana, Papar," katanya.
utusan borneo 2021-07-19T15:42:29+08:00
|