CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1269|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 19/07/2021 301 kes baharu

[Copy link]
Post time 19-7-2021 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-7-2021 01:05 PM

COVID-19: 301 kes baharu, tiga kematian direkodkan di Sarawak hari iniKUCHING: Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 71,601 dengan pertambahan 301 kes baharu direkodkan hari ini.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan, Kuching merekod kes harian tertinggi iaitu 193 diikuti Bau (26), Sarikei (23), Sibu (8), Sri Aman (6), Mukah (5), Samarahan (5), Saratok ( 4) dan Bintulu (3).

Daerah lain yang merekodkan kes ialah Kapit (3), Lundu (3), Song (3), Meradong (2), Serian 2), Telang Usan (2), Kabong (1), Kanowit (1), Simunjan (1).

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 187 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 36 kes libatkan individu dalam kluster aktif sedia ada. Manakala 26  kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 49  kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan tiga lagi kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Sarawak 447 setakat ini.

“Kes kematian ini membabitkan wanita berusia 50 tahun dari Kuching. Mangsa meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan mempunyai penyakit darah tinggi dan dislipidemia.

“Kes kematian kedua hari ini melibatkan warga emas lelaki berumur 76 tahun berasal dari Sarikei. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sarikei. Dia mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.

“Manakala kes kematian ke-447 juga seorang warga emas lelaki, 79 tahun dari Bukit Mabong. Jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Kapit dan dia tidak mempunyai ko-morbid,” jelasnya.

Sementara itu,  terdapat 514  kes pulih dan dibenar discaj hari ini manakala jumlah kes masih aktif di wad hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di seluruh negeri seramai 4,609 orang.


utusan borneo 2021-07-19T17:18:39+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2021 08:55 PM | Show all posts
Orang kena tahan di lokap Balai Polis Satok cetus kluster COVID-19

KUCHING: Dua lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan iaitu Kluster Pagar Satok di sini dan Kluster Jalan Selalang di Sarikei.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kluster Pagar Satok merupakan kluster institusi tahanan yang dikesan melibatkan saringan orang kena tahan (OKT) di lokap tahanan, Balai Polis Satok di sini.

Menurutnya, seramai 83 orang disaring dengan 24 individu didapati positif melibatkan 11 bukan warganegara dan 13 warganegara (Sarawak) dan 59 lagi individu didapati negatif di bawah kluster ini.

“Manakala Kluster Jalan Selalang merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di Sungai Kerubong, Jalan Selalang di Sarikei.

“Seramai 89 orang telah disaring dengan 37 individu didapati positif termasuk kes indeks, 52 individu didapati negatif dan 21 kes baharu dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan penamatan satu kluster membabitkan Kluster Nanga Strass, Meradong.

Penamatan kluster ini dibuat selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas

“Jumlah kluster masih aktif setakat ini di Sarawak adalah 91 kluster dengan enam daripadanya merekodkan 36 kes baharu manakala 85 tidak merekodkan penambahan kes baharu,” katanya.

Dalam pada itu, daerah Selangau hari ini telah kembali ke status Jingga dari Merah selepas merekodkan 33 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga kepada tujuh manakala 19 daerah berstatus Merah. Sementara sebanyak 11 daerah berstatus kuning dan tiga daerah berstatus Hijau,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 08:56 PM | Show all posts
Empat lokaliti dikenakan PKPD

KUCHING: Empat lokaliti di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), lokaliti yang dikenakan PKPD itu melibatkan satu masing-masing di daerah Kuching dan Kabong manakala dua di Saratok.

“PKPD di Kuching adalah melibatkan Kampung Emperoh Nyiru Grait, Padawan dari 19 Julai hingga 1 Ogos 2021. Manakala PKPD di Kabong melibatkan Rh. Bundan Engkabang dari 20 Julai hingga 3 Ogos 2021.

“Turut dikenakan tempoh yang sama adalah PKPD di Saratok membabitkan Rh. Kambieng Abu Bengang, Krian dan Rh. Noel Praja Kabo,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPBNS berkata, sebanyak tujuh lagi lokaliti yang dikenakan PKPD sebelum ini ditamatkan hari ini.

“Antaranya PKPD di Rh. Dunggau, Mendas, Saratok dan Rh. Lewis, Kampung Batu Besai di Sri Aman.

“Lima lagi lokaliti ditamatkan ialah Kampung Long Tepen, Sungai Pelutan, Long Lama; Kampung Long Lunyim, Sungai Pelutan, Long Lama; Kampung Long Luteng, Sungai Pelutan, Long Lama Kem Sambas (Tapak Abadi Sdn Bhd), Long Lama dan SK Long Luteng, Long Lama yang kesemuanya di Telang Usan,”katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan 33 kompaun terhadap individu atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun setakat ini sebanyak 358 di seluruh Sarawak.

Manakala polis Sarawak mengeluarkan 35 kompaun di seluruh Sarawak kerana gagal mematuhi SOP  sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sebanyak 9,407 kompaun setakat ini.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula katanya, telah mengeluarkan enam kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan pelanggaran SOP.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,321 kompaun,” ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2021 01:12 AM | Show all posts
Kes COVID-19 di Bintulu turun, jangan abai SOP

BINTULU: Penurunan kes harian COVID-19 di Bintulu bukan bermakna masyarakat di sini boleh mengabaikan garis panduan (SOP) bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan, kata Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing

Jika diabaikan, beliau memberi amaran kes dijangka bertambah semula. Pada Ahad, Bintulu mencatatkan sembilan kes, manakala pada Sabtu lima kes dan Jumaat 11 kes.

"Setiap individu harus terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19 dengan melakukan penjarakan fizikal termasuk memakai pelitup hidung dan mulut di tempat awam," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tiong dalam pada itu melahirkan rasa kecewa terhadap beberapa premis makanan di bahagian ini yang mengabaikan SOP di premis masing-masing.

Pemilik atau pekerja premis sekurang-kurangnya sudah menerima satu dos vaksin COVID-19 bagi membolehkan mereka mendapat imuniti terhadap virus pembunuh itu.

"Bagi tujuan sama, setiap pemilik premis makanan harus mempraktikkan SOP yang ketat seperti memastikan setiap pelanggan yang datang makan di premis mereka mengambil bacaan suhu dan melakukan imbasan aplikasi MySejahtera manakala bagi yang tidak mempunyai aplikasi terbabit wajip mencatatkan nama dan nombor telefon dalam buku rekod disediakan," tegasnya.

Beliau turut menasihati penduduk rumah panjang yang tinggal atau bekerja di bandar agar tidak balik ke rumah panjang jika tiada keperluan atau hal mustahak.

Katanya, meskipun pada masa sekarang Sarawak telah memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan hampir keseluruhan sektor ekonomi mulai dibuka, ia bukan bermakna perang terhadap COVID-19 sudah tamat.

"Setiap orang awam harus memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling mereka terutama kanak-kanak bawah 12 tahun serta golongan yang belum mendapat suntikan vaksin kerana golongan berkenaan berisiko tinggi mendapat jangkitan virus," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.675160 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list