Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) telah mengemaskini SOP PPN Fasa 2 bagi Perkhidmatan Perlu (Essential Services) - Sektor-Sektor Ekonomi Peruncitan.
Selepas mengkaji semula dan menambahbaik Garis Panduan (SOP) di premis makan, JPBN MEMBENARKAN premis makan beroperasi secara dine-in berkuatkuasa 16 Julai 2021.
Hanya operator termasuk semua pekerja yang telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksinasi COVID-19 dibenarkan beroperasi secara dine-in.
Garis panduan (SOP) terperinci dapat di muatturun melalui laman web rasmi MLGH: https://mlgh.sarawak.gov.my/
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak