CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1644|Reply: 2

Pelakon Legenda Hollywood, Kirk Douglas Meninggal Dunia Pada Usia 103 Tahun

[Copy link]
Post time 13-7-2021 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Legenda Hollywood, Kirk Douglas Meninggal Dunia Pada Usia 103 Tahun



Pelakon legenda Hollywood, Kirk Douglas dilaporkan meninggal dunia pada usia 103 tahun pada Rabu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh anak lelakinya yang juga merupakan seorang aktor, Michael Douglas menerusi satu kenyataan di laman Instagram.

  


“Dengan rasa sedih, saya mengumumkan bahawa Kirk Douglas telah meninggalkan kami hari ini (Rabu) pada usia 103 tahun.”

“Di mata dunia, dia adalah seorang legenda, seorang pelakon pada zaman kegemilangan perfileman di era emasnya dan seorang yang komited dalam misi memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan,” coretnya.

“Tetapi di mata kami adik-beradik, Joel dan Peter, dia seorang bapa, bagi Catherine, dia mentua yang hebat, kepada cucu-cucu dan cicit-cicitnya, dia merupakan datuk yang penyayang dan kepada isterinya, dia merupakan seorang suami yang hebat,” kata Michael.



Untuk rekod, Krik mula menempa nama dalam industri hiburan pada tahun 1946 dan beliau terkenal dengan lakonannya menerusi filem Guys Tough, Spartacus, dan Saturnus.

Memetik laporan Astro Awani, mendiang pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik sebanyak tiga kali menerusi filem Champion, Bad & the Beautiful dan Lust for Life.

Sebelum ini, beliau pernah terlibat dalam satu nahas helikopter pada tahun 1991 yang telah mengorbankan dua penumpang lain.

Sumber:
Astro Awani

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2021 10:53 AM | Show all posts
TT dia ni dah meninggal since Feb 2020 lagi. Adoila, jangan la c&p je.

Yang latest meninggal Robert Downey Sr. tu.

Agaklah2 tt oii..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 11:59 AM | Show all posts
tuh aa aku rasa dah lama dia meninggal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.584124 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list