CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1634|Reply: 8

[Sarawak] Remaja kanser tahap 4 mohon bantuan makanan di tukar dengan duit

[Copy link]
Post time 12-7-2021 08:06 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Disebalik wajah ceria, remaja berusia 19 tahun menyimpan derita yang harus ditanggung.

Remaja yang tinggal bersama-sama neneknya itu, sedang bertarung dengan kanser barah tulang belakang yang dihadapinya sekarang.


Bukan sahaja serba kekurangan, penghidap kanser Tahap 4 tersebut merayu bantuan makanan yang diterimanya ditukar kepada wang untuk pergi ke hospital setiap kali mendapatkan rawatan.

Beliau yang tinggal menyewa dengan neneknya sejak berusia 16 tahun di tingkat atas rumah kedai yang disewa.

Ayahnya meninggal ketika dia masih sangat muda, manakala ibunya telah berkahwin semula.

Malah lebih menyedikan, neneknya yang bekerja sebagai sebagai pembantu kedai kopi bergaji hari tidak bekerja sejak PKP 3.0.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu, Chambai Lindong berkata, remaja berkenaan membuat permintaan menukarkan bantuan makanan dengan wang tunai untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Ketika kami pergi untuk menghantar makanan kepada dia dan neneknya. Remaja berkenaan, bertanya, adakah kami dapat menukar makanan dengan wang tunai kerana dia memerlukan wang setiap kali pergi ke hospital.

"Permintaannya menyentuh hati kami. Kami menyerahkan makanan, tetapi remaja ini berhak mendapat bantuan yang diberikan oleh kita semua," katanya.

Beliau berkata, SDNU Sibu akan berusaha membantu dengan apa cara yang termampu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga adik dapat bantuan duit dan apa sahaja yang diperlukan. Sedihnya..muda2 dah tempuh banyak dugaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tak pakai mask tu ke orang nya..

Semoga dipermudahkan urusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2021 08:41 PM | Show all posts
matchstick replied at 12-7-2021 08:36 PM
Yg tak pakai mask tu ke orang nya..

Semoga dipermudahkan urusan
ha`ah yang tak pakai mask tu ... dengan nenek nya

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Harap dapat bantuan perubatan yg sepatutnya. Muda lagi dah banyak dugaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dapat bantuan yang diminta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2021 09:24 PM | Show all posts
kesiannya. semoga ramai tampil memberi bantuan pd adik ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 10:34 AM | Show all posts
Kesiannya.
Semoga di berikan kesembuhan dan  di permudahkan segalanya urusan adik ni bersama nenek dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2021 10:51 AM | Show all posts
mencari cari update tentang adik ni... tak jumpa lagi...

semoga dah ada bantuan yang boleh meringankan beban adik ni ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.857624 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list