CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 5

[Sarawak] Covid19 12/07/2021

[Copy link]
Post time 12-7-2021 07:24 PM | Show all posts |Read mode







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2021 07:26 PM | Show all posts
Ringkasan kes dan kematian melibatkan Covid19



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2021 07:30 PM | Show all posts
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) telah membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan BERSETUJU bahawa Sarawak telah bersedia untuk beralih ke Fasa 2 PPN mulai 14 Julai 2021 (12.01 am).

*Garis Panduan (SOP) yang sedia ada masih berkuatkuasa sehingga 13 Julai 2021 (11.59pm)

JPBN telah memuat naik infografik Garis Panduan (SOP) “Pelan Perjalanan Sarawak Menuju Pemulihan: 4 Fasa” bagi memudahkan orang ramai memahami kebenaran serta larangan Garis Panduan (SOP) dari satu fasa ke fasa berikutnya yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh keempat-empat fasa di Sarawak.

Garis Panduan (SOP) yang terperinci bagi fasa-fasa tertentu akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dapat di muat turun dari laman web: https://www.mkn.gov.my.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bekerjasama untuk membolehkan Sarawak beralih ke Fasa 2.


Terima kasih juga diucapkan kepada semua para petugas dan pihak yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di seluruh Sarawak.

Orang ramai diseru agar terus mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan kendiri yang ketat supaya rantaian COVID-19 ini dapat kita putuskan secepat mungkin.

Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
12 JULAI 2021
5.30 PETANG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2021 07:33 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2021 07:35 PM | Show all posts
Jawatankuasa Pengurusan  Bencana Negeri (JPBN) akan  melangkah ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai hari Rabu, 14 Julai ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak mencapai kata sepakat berhubung keputusan itu dalam mesyuarat hari ini.

Sebelum ini, media sudah diberitahu penasihat JPBNS, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian bahawa dalam fasa kedua ini ia akan melibatkan pembukaan sektor ekonomi dan memberikan keutamaan kepada sumber pendapatan rakyat.

Saya berharap menjelang 22 Julai ini, 50 peratus rakyat Sarawak sudah melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19 supaya sektor ekonomi dapat dibuka secara perlahan.

Bagaimanapun, kita masih perlu mematuhi SOP, sentiasa berhati-hati dan tidak leka. Kita masih melalui waktu mencabar dalam tempoh yang agak lama dan Kerajaan Sarawak juga akan sentiasa berusaha menyelamatkan rakyat," kata Dr Sim.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan makanan kepada orang ramai sempena Program kongsi Rezeki-Pantri Komuniti di Lepapa Hypermarket Kota Samarahan.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, ia akan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Beliau berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada Jun lalu  untuk menyelamatkan nyawa masyarakat susulan penularan Covid-19.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2021 03:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.696527 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list