CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 0

[Sabah] Kluster baharu disyaki berpunca jangkitan dari negara jiran

[Copy link]
Post time 10-7-2021 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Kluster baharu disyaki berpunca jangkitan dari negara jiran

KOTA KINABALU:Satu kluster baharu dikesan disyaki jangkitan COVID-19 dibawa masuk dari negara jiran.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri  Masidi Manjun berkata, Kluster Sawit Segama adalah kluster di tempat kerja dan punca jangkitan disyaki dibawa masuk dari Indonesia.

"Kluster ini melibatkan kes indeks wanita, 48, warganegara Indonesia dikesan positif pada 6 Julai 2021 hasil saringan masuk kerja di sebuah klinik swasta.

"Kes indeks yang masuk ke Sabah pada 25 Jun 2021 bersama dua orang cucu, diarahkan menjalani kuarantin di Ladang Sabah Mas (Division Segama) sebelum dibenarkan bekerja," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, kes indeks mula bergejala batuk dan sakit tekak sejak 3 Julai 2021, kemudian mengambil swab PCR bersama beberapa ahli keluarga lain yang juga sedang dikuarantin di ladang yang sama.

Susulan penemuan kes positif itu katanya, pengesanan secara aktif dan saringan yang dijalankan terhadap 64 kontak mendapati 14 lagi individu disahkan positif termasuk satu kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 15 kes.

Dalam pada itu katanya, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 9 Julai 2021 adalah sebanyak 323 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,791 kes.

Menurutnya, saringan kesihatan bersasar di semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan mengakibatkan kenaikan jumlah kes positif bagi Sabah dalam masa terdekat.

Namun katanya, strategi berkenaan membolehkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengenal pasti dan mengurus punca jangkitan dengan lebih efektif.


utusan borneo 2021-07-10T10:04:52+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.431068 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list