CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 2

[Sarawak] [Kes Rumahtangga] Suami tikam Isteri

[Copy link]
Post time 10-7-2021 05:06 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Polis Daerah Kuching mengesahkan menerima satu laporan polis pada 09.07.2021 pada jam lebih kurang 1.10 petang di Balai Polis Sentral berkenaan satu aduan mengenai seorang wanita yg telah ditikam di sebuah kediaman di jln Tabuan Kuching.

Dalam kes ini, suspek telah dikenalpasti dan kemudiannya menyerah diri secara sukarela di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching pada tarikh yg sama jam 2 petang.

Mangsa mengalami beberapa kecederaan dibahagian tubuh badan dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak. Walau bagaimana pun mangsa dalam keadaan stabil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan denda atau sebat.

Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai punca kejadian dan mengingatkan mana mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yg boleh menganggu siasatan kes.

ACP Ahsmon Bajah
Ketua Polis Daerah Kuching


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2021 12:14 PM | Show all posts
Wanita cedera ditikam suami


mangsa tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan

KUCHING: Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dikatakan ditikam suaminya di sebuah rumah di Jalan Tabuan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1.10 petang.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Dalam kes ini, suspek telah dikenalpasti dan kemudiannya menyerah diri secara sukarela di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuching sekitar jam 2 petang," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya suspek ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

"Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai punca kejadian dan mengingatkan mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan," katanya.

Mangsa sehingga berita ini ditulis dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


utusan borneo 2021-07-09T22:15:59+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2021 08:26 PM | Show all posts


KUCHING: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Bong Say Choi, 48, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya dihadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya yang berusia 31 tahun menggunakan sebilah pisau, dalam satu kejadian pada 9 Julai lalu, jam lebih kurang 11.20 pagi, di sebuah bilik sewa di Jalan Tabuan, di sini.

Difahamkan, tertuduh yang bekerja sendiri itu menikam isterinya menggunakan sebilah pisau kerana tidak berpuas hati apabila isterinya mempunyai hubungan sulit bersama lelaki lain.

Mangsa juga dikatakan mengalami kecederaan di bahagian tubuh badan dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 326A Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, tiada pengakuan direkodkan susulan tertuduh belum menjalani ujian saringan COVID-19.

Prosiding bagi kes ini juga dijalankan secara dalam talian pada hari ini, dengan tertuduh berada di Balai Polis Tabuan Jaya bersama dengan peguamnya, Lim Lian Kee manakala pihak pendakwaan berada di mahkamah.

Justeru, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon kepada mahkamah agar kes diberikan tarikh baharu, selain tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Menurut Nurfadzlin juga, sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin, pihak pendakwaan memohon tertuduh diberikan jaminan RM10,000 tunai berserta dua penjamin tempatan.

Mahkamah seterusnya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan RM3,000 didepositkan, berserta dua penjamin tempatan yang mempunyai alamat dan kerja tetap.

Kes juga disebut semula pada 13 Ogos depan.


Hafizah Abdul Hamid


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159890 Replies : 3913
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19264 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25883 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71326 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4031 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8010 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.250150 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list