CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 0

Kenapa ni Tony Stark sampai 'unfollow'?

[Copy link]
Post time 8-7-2021 11:48 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa ni Tony Stark sampai 'unfollow'?


ROBERT Downet Jr.

Los Angeles: Pelakon Robert Downey Jr membuat keputusan mengejut apabila bertindak tidak lagi mengikuti akaun media sosial pelakon-pelakon Marvel yang lain di Instagram miliknya.

Tindakan pemegang watak Iron Man yang sangat dikenali sebagai Tony Stark dalam siri Marvel itu, sekali gus mencetuskan spekulasi di kalangan pelbagai pihak.

Ramai mengetahui watak pelakon berkarisma berkenaan dimatikan dalam episod "Avengers: Endgame" pada 2019.

Bagaimanapun, kebanyakan peminat tetap menganggap watak Tony Stark itu masih wujud dan terus diingati mereka.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku Mr Stark, kenapa 'unfollow' semua pelakon Marvel di Instagram.

"Jadi, RDJ sudah 'unfollow' semua pelakon Marvel termasuk Chris Evans dan Tom Holland? Wow," antara ciapan peminat di Twitter.

Pelakon berusia 56 tahun yang mempunyai lebih 50 Juta pengikut di Instagram itu dilihat hanya mengikuti 43 orang yang bukan dari kalangan pelakon Marvel.

Dia dilihat menggunakan Instagram untuk urusan kerja dan berkongsi hobi kesukaannya. Namun, dia masih lagi mengikuti pelakon-pelakon Marvel lain di Twitter.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.041915 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list