CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1358|Reply: 1

[Sabah] Dakwaan 69 penduduk Pulau Gaya positif COVID-19 lari ke tanah besar tidak benar

[Copy link]
Post time 7-7-2021 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Dakwaan 69 penduduk Pulau Gaya positif COVID-19 lari ke tanah besar tidak benar


DIKEHENDAKI: Zaidi menunjukkan beberapa gambar penduduk yang dikehendaki selepas menghilangkan diri di Kampung Pondo Pulau Gaya.


KOTA KINABALU: Tidak semua 69 penduduk di Kampung Pondo Pulau Gaya yang positif COVID-19 melarikan diri ke tanah besar di sini.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata sebahagian besar dari jumlah yang dinyatakan itu masih berada di perkampungan berkenaan.

“Sebahagian besar penduduk itu berada di beberapa kampung kecil di Kampung Pondo termasuk Kampung Wakaf serta Kampung Labuan manakala sebahagian lagi menginap di rumah saudara mara lain yang terletak di perkampungan berhampiran.

“Oleh kerana mereka adalah masyarakat Pala'u maka kefahaman berkenaan COVID-19 masih kurang dan mereka tidak sedar mereka dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berada di rumah masing-masing sehinggalah berjaya dikesan oleh kakitangan KKM yang menaiki bot mencari mereka dari rumah ke rumah.


“Dakwaan kesemua 69 pesakit COVID-19 melarikan diri ke tanah besar juga tidak benar dan hanya ada beberapa sahaja yang dipercayai menaiki bot pam persendirian ke ibu negeri secara senyap pada waktu malam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sebentar tadi.

Mohd Zaidi berkata lima individu dikehendaki yang disahkan positif dan didakwa menghilangkan diri sudah berjaya dikesan di beberapa lokasi sekitar perkampungan terbabit.

“Kakitangan KKM mengesan mereka berada di rumah dan apabila diberitahu penduduk terbabit tidak mengetahui bahawa mereka perlu menyerah diri ke Pusat Kuarantin di Masjid Kampung Pondo Tengah dan Kampung Labuan.

“Salah seorang penduduk wanita pula berjaya dikesan di Pasar Safma di sini yang baharu selesai membeli ikan dan mahu pulang semula ke Kampung Pondo,” katanya.

Oleh itu katanya pihak polis percaya sebahagian besar baki yang belum dikesan berada di rumah masing-masing yang mana mereka belum mendapat info untuk menyerah diri di pusat kuarantin atau kemungkinan menetap di rumah saudara mara di kampung berhampiran kerana takut untuk dikuarantin.

“Kakitangan KKM juga sukar untuk mengesan mereka berikutan nombor telefon yang diberikan semasa ujian calitan tidak dapat dihubungi berikutan nombor yang dinyatakan tiada dalam perkhidmatan manakala sebahagian lagi tidak menyambut panggilan telefon daripada KKM.

“Pihak KKM juga sukar untuk mengesan mereka dari rumah ke rumah berikutan bot yang digunakan bersaiz besar dan sukar untuk bergerak di kawasan perumahan atas air kerana jarak rumah yang agak dekat antara satu sama lain tambahan pula bot sukar bergerak jika air laut surut,” katanya.

Mohd Zaidi berkata pihaknya bagaimanapun kini sudah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan sebahagian kecil penduduk yang dipercayai melarikan diri menggunakan bot pam persendirian ke tanah besar pada waktu malam.

“Kita sedang menyiasat dan akan mengesan individu yang masih hilang termasuk menjalankan pemeriksaan di kawasan bilik sewa sepertimana yang didakwa pada maklumat tular di sekitar Sinsuran dan Kampung Air yang dipercayai dijadikan untuk tempat tinggal sementara.

“Ahli keluarga atau sahabat serta kenalan penduduk yang masih hilang ini dinasihatkan untuk tidak berkompromi menyembunyikan mereka kerana perbuatan ini satu jenayah yang boleh didenda mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dan bakal menerima hukuman setimpal sepertimana yang dilakukan pesalah berkenaan,” katanya.

Menurutnya pihaknya juga sudah memperoleh maklumat serta gambar penduduk yang masih hilang dan tindakan menyebarkan maklumat itu akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan kesemua penduduk hilang dapat dikesan segera.


utusan borneo 2021-07-07T19:11:52+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 06:23 AM | Show all posts
“Salah seorang penduduk wanita pula berjaya dikesan di Pasar Safma di sini yang baharu selesai membeli ikan dan mahu pulang semula ke Kampung Pondo,” katanya.

adoi ...

harap takde la jangkitan ke apa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044086 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list