CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1355|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 07/07/2021

[Copy link]
Post time 7-7-2021 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-7-2021 11:52 AM

LAPORAN HARIAN COVID-19
Tarikh : 07 Julai 2021
Kes Baharu : 289
Discaj Baharu: 308
Jumlah Kematian : 424 (Meningkat )
Jumlah Kes Positif : 67,560 (Meningkat)

KES POSITIF (289)
1. Daerah Kuching (64)
2. Daerah Sibu (37)
3. Daerah Saratok (24)
4. Daerah Bintulu (22)
5. Daerah Miri (22)
6. Daerah Sarikei (16)
7. Daerah Song (14)
8. Daerah Samarahan (13)
9. Daerah Kapit (11)
10. Daerah Serian (10)
11. Daerah Subis (10)
12. Daerah Mukah (9)
13. Daerah Bau (7)
14. Daerah Selangau (6)
15. Daerah Sri Aman (5)
16. Daerah Kanowit (4)
17. Daerah Telang Usan (3)
18. Daerah Tatau (2)
19. Daerah Lubok Antu (2)
20. Daerah Betong (2)
21. Daerah Pusa (2)
22. Daerah Belaga (1)
23. Daerah Simunjan (1)
24. Daerah Bukit Mabong (1)
25. Daerah Meradong (1)

KLUSTER YANG MASIH AKTIF
- 97 Kluster

ZON
23 Daerah
4 Daerah
12 Daerah
1 Daerah

KOD WARNA ZON
Merah : 41 kes ke atas
Jingga : 21 - 40 kes
Kuning : 1 - 20 kes
Hijau : 0 kes
Sebarang pertanyaan, sila layari State Disaster Information Facebook Page atau telefon JPBN Hotline / whatsapp:
1. 082 – 443 991
2. 011-4085 9282 (Whatsap sahaja)
Permohonan Masuk ke Sarawak hendaklah mengisi ENTERSARAWAK melalui (sdmc.sarawak.gov.my)





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2021 07:57 PM | Show all posts
289 kes COVID-19, tiga kematian di Sarawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 289 kes baharu COVID-19 hari ini dengan daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 64 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kes turut dikesan di Sibu (37), Saratok (24), Miri (22), Bintulu (22), Sarikei (16), Song (14), Samarahan (13), Kapit (11), Subis (10), Serian (10) dan Mukah (9).

Lain-lain kes dikesan di Bau (7), Selangau (6), Sri Aman (5), Kanowit (4), Telang Usan (3), Tatau, Beting, Lubok Antu dan Pusa masing-masing dua kes dan satu kes di Bukit Mabong, Meradong, Simunjan, dan Belaga menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 67,560.

“Daripada 289 kes baharu yang dilaporkan, 195 kes merupakan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 36 kes merupakan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 37 kes lagi merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan, 17 kes individu bergelaja di fasiliti kesihatan, tiga kes Import B dan satu kes Import A individu balik dari Papua New Guinea,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan terdapat tiga kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini meningkat kepada 424 orang.

Ketiga-tiga kematian ini katanya melibatkan dua perempuan dan seorang lelaki berumur antara 52 hingga 82 tahun dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu.

Dalam pada itu terdapat 308 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kes yang telah pulih dan dibenar discaj kini seramai 57,070 orang atau 84.47 peratus daripada keseluruhan kes positif.


utusan borneo 2021-07-07T17:48:32+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2021 07:59 PM | Show all posts
Dua kluster baharu di Bau dan Kuching




KUCHING: Dua kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini melibatkan iaitu Kluster Jalan Tasik Biru By-Pass di Bau dan Kluster Sungai Bedil Besar di sini.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Kluster Jalan Tasik Biru By-Pass merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan pekerja di tapak pembinaan medan selera di jalan tersebut.

“Seramai 26 individu telah disaring dimana 19 kes didapati positif (13 bukan warganegara dan 6 warganegara Sarawak) manakala 7 kes didapati negatif,” katanya.

Kluster Sungai Bedil Besar pula katanya merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di Kampung Sungai Bedil Besar.

Katanya seramai 94 individu telah disaring di bawah kluster ini dimana 31 kes didapati positif termasuk kes indeks dan 63 kes negatif.

JPBNS turut memaklumkan penamatan satu kluster iaitu Kluster Jalan Kampung Yoh di Bintulu selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas melibatkan kluster ini.

Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 97 kluster dengan sembilan daripadanya merekodkan penambahan 50 kes baharu manakala 88 kluster lagi tiada penambahan kes.

Dalam pada itu Daerah Lundu dan Pakan telah bertukar status daripada Merah kepada Jingga selepas masing-masing merekodkan 37 dan 33 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kabong bertukar status daripada Jingga kepada Kuning selepas merekodkan 19 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:05 PM | Show all posts
KKM akan memulakan ujian #COVID19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) dalam waktu terdekat.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang memperincikan panduan penggunaannya dan dijangka selesai minggu hadapan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.432496 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list